Seorang bayi 11 bulan maut dipercayai tersedak susu di sebuah taska di Kedah.
Kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari pada Khamis.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Ridzuan Salleh, bayi itu dihantar oleh ibunya ke taska pada sebelah pagi dalam keadaan sihat.
Namun sekitar jam 12 tengahari, pengasuh taska berkenaan menyedari bayi itu tidak sedarkan diri lalu menghantarnya ke Klinik Kesihatan Jalan Putra untuk mendapatkan rawatan.
Setibanya di klinik, mangsa kemudian sedar dan diberi susu sebelum dibawa pulang ke taska.
Bagaimanapun, bayi itu sekali lagi tidak sedarkan diri sebaik tiba di taska.
Pengasuh taska kemudian menghubungi ibu mangsa sebelum membawa semula bayi tersebut ke klinik sama.
Mohd Ridzuan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan sebelum mayatnya dihantar ke jabatan forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.
Katanya, bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat tersedak susu.
Setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada ibu mangsa serta pengasuh taska terbabit untuk membantu siasatan.
Siasatan juga mendapati taska itu mempunyai lesen sah.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Oct 24 2019

Bayi itu disahkan meninggal dunia di klinik. - Gambar fail

PdPR | Segerakan sumbangan komputer riba kepada pelajar
Kerajaan perlu segera menyalurkan sumbangan komputer riba kepada 150,000 pelajar seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 memandangkan sesi persekolahan melalui Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR)sudah bermula.

Sabah perlu RM150 juta baik pulih jalan rosak - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, peruntukan itu membabitkan lebih 100 jalan rosak termasuk jambatan runtuh akibat kejadian banjir.

COVID-19: Pejabat KWSP Jalan Raja Laut ditutup bermula esok
Pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur akan ditutup bermula esok selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.

AWANI Ringkas: Tegas tangani cubaan ganggu darurat | Jangan tutup sektor ekonomi sebab COVID-19

Badminton: Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumpas di final Terbuka Thailand
Mereka tumpas kepada pasangan Taiwan Lee Yang-Wang Chi-lin pada final Badminton Toyota Terbuka Thailand.
![[INFOGRAFIK] #RasuahBusters: Jihad Perangi Rasuah [INFOGRAFIK] #RasuahBusters: Jihad Perangi Rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/700139501611474097142/1887006_8967789641611474315720_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] #RasuahBusters: Jihad Perangi Rasuah
![[INFOGRAFIK] Kemiskinan Digital Sekat Murid B40 Ikuti PdPR [INFOGRAFIK] Kemiskinan Digital Sekat Murid B40 Ikuti PdPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/12202907151611474097160/1887008_8967789641611474256411_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kemiskinan Digital Sekat Murid B40 Ikuti PdPR
![[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/26384914881611474097142/1887009_8967789641611474218998_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021)
![[INFOGRAFIK] Let Private Hospitals Treat Virus-Free Patient [INFOGRAFIK] Let Private Hospitals Treat Virus-Free Patient](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/16965356301611474097145/1887010_8967789641611474185977_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Let Private Hospitals Treat Virus-Free Patient

Tip dapatkan 10,000 langkah walaupun terkurung di rumah
Seorang pegawai perubatan berkongsi cara untuk sekurang-kurangnya mendapatkan sedikit senaman walaupun terkurung di rumah.

Bayi 11 bulan maut tersedak susu di taska
Seorang bayi 11 bulan maut dipercayai tersedak susu di sebuah taska di Kedah.