awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bazar Ramadan 'Nasi Beriani Liga Muslim' ubati rindu orang Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
14/04/2021
01:15 MYT
Bazar Ramadan 'Nasi Beriani Liga Muslim' ubati rindu orang Pulau Pinang
Hanya 25 gerai dibenarkan beroperasi berbanding 35 gerai sebelum ini. - Astro AWANI
GEORGE TOWN: Bazar Ramadan Liga Muslim yang terkenal dengan jolokan Bazar Nasi Beriani di Pulau Pinang yang terletak di Lebuh Queen kembali memeriahkan suasana Ramadan tahun ini.
Penganjuran bazar Ramadan Liga Muslim kali ke-17 tahun itu pastinya memberi sinar dan semangat baharu buat lebih 25 peniaga bazar selepas tidak dapat berniaga akibat pandemik COVID-19 tahun lepas.
Bagi peniaga nasi beriani kambing, mereka mengakui perlu membiasakan diri dengan norma baharu apabila tidak lagi menyediakan makanan seperti sebelumnya, sebaliknya hanya membungkus makanan untuk dijual kepada pembeli.
"Alhamdulillah walaupun ramai pelanggan, kami sediakan dalam bentuk pek beriani kambing, beriani dalca dan macam-macam lagi," jelas peniaga Tariq Madarsha.
Malah, penganjuran bazar Ramadan kali ini juga menjanjikan seribu kemanisan buat peniaga yang sebelum ini hilang punca pendapatan sejak Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) dilaksanakan.
"Alhamdulillah tahun ini sudah boleh berniaga, tahun lalu tak ada pendapatan. Semua pelanggan ikut SOP, tak ada berebut," kata seorang lagi peniaga, Yazimah Yahaya.
Bagi pengunjung pula mereka akui kerinduan untuk membeli juadah di bazar terubat selepas Bazar Ramadan 'lejen' di George Town kembali dibuka kepada orang ramai.
"Tahun ini meriah sikit, orang ramai boleh datang membeli juadah. Tahun lalu sunyi tempat ini," kata seorang pengunjung.
Malah tinjauan juga mendapati rata-rata pengunjung sabar dan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang merasmikan pembukaan Bazar Lebuh Queen ke-17 tahun itu berharap pihak penganjur dapat memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terus dipatuhi.
Ia bagi memastikan kebenaran membuka Bazar Ramadan negeri itu tidak ditarik balik selain dikenakan tindakan kompaun oleh pihak berkuasa.
Kon Yeow berkata bahawa Bazar Ramadan Liga Muslim antara bazar unik yang dinanti-nantikan oleh masyarakat Pulau Pinang.
"Kita bersyukur dapat anjurkan bazar tahun ini, penganjur utama akan beri komitmen tinggi kerana PKPB masih dikuatkuasakan.
"Saya harap bazar ini dapat sambutan," katanya.
Tahun ini, hanya 25 gerai dibenarkan beroperasi berbanding 35 gerai sebelum ini.
Selain nasi beriani, santapan lain yang terdapat di bazar kali ini termasuk nasi ayam, pasembur, manisan, air herba serta pelbagai makanan tradisi masyarakat India Muslim.
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan Liga Muslim
#PKPB
#SOP
#Ramadan
#peniaga
#COVID-19
#pandemik
#ramadan2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan