awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Jenayah Siber dijangka dibentangkan Mac ini - Ahmad Zahid
Lagi pegawai kanan tentera ditahan, disyaki terlibat rasuah
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa individu anjur perhimpunan ditahan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
21/01/2022
16:40 MYT
Beberapa individu anjur perhimpunan ditahan polis
Sepasukan anggota polis telah menyerbu Restoran Amjal di Bangsar pada jam 11:58 malam. - Foto media sosial
SHAH ALAM: Beberapa individu yang menghadiri satu ceramah mengenai kempen mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap telah ditahan sebentar tadi.
Sepasukan anggota polis telah menyerbu Restoran Amjal di Bangsar pada jam 11:58 malam.
Menurut satu ciapan di Twitter milik @jayjaydenis berkata, pihak polis telah menahan mereka sebelum keluar daripada restoran tersebut.
“Terkini: Sekumpulan pegawai dan anggota polis telah menahan kami daripada pulang dari Restoran Amjal, Bangsar.
“Semua di sini dipaksa serah kad pengenalan,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.
BACA: Perhimpunan di ibu negara: Enam jalan utama dilencongkan - Polis
BACA: Mahkamah keluar arahan halang perhimpunan di tiga lokasi - Polis
Dalam pada itu, satu akaun Twitter dengan nama @TangkapAzamBaki memaklumkan, mereka telah diserbu oleh pihak polis.
“Pentas ceramah #TangkapAzamBaki di Restoran Amjal diserbu oleh polis. Beberapa orang telah ditahan. Jangan tangkap rakyat! #TangkapAzamBaki !!,” ujarnya.
Semalam, seramai 16 individu termasuk lima pemimpin politik diambil keterangan berhubung penganjuran perhimpunan itu.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#perhimpunan
#TangkapAzamBaki
#Ketua Pesuruhjaya SPRM
#Azam Baki
#Restoran Amjal di Bangsar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan