GEORGE TOWN: Beberapa jalan-jalan utama di Pulau Pinang akan ditutup bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan pedati perak sempena sambutan Thaipusam yang dijangka dihadiri lebih 1 juta penganut agama Hindu, bermula esok.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata beberapa jalan di sekitar bandar raya George Town akan ditutup mulai pukul 5 pagi esok hingga pukul 8 malam Jumaat ini.
Beliau berkata bagi memastikan kelancaran dan keselamatan orang ramai terpelihara, pihak polis akan menggerakkan 1,289 pegawai dan anggota bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam selama tiga hari bermula esok hingga Jumaat.
"Perarakan melibatkan dua pedati iaitu pedati emas dan pedati perak. Pedati emas akan bergerak esok pukul 5.30 pagi dari Lebuh Queen ke Kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthapani Devasthanam dan akan kembali ke Lebuh Queen pada Jumaat pukul 6 petang.
"Pedati perak pula akan bergerak pada 6.30 pagi esok dari Lebuh Penang ke Kuil Air Terjun dan kembali ke Lebuh Penang pada Jumaat pukul 7 malam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Razlam berkata antara laluan yang akan ditutup bagi perarakan kedua-dua pedati adalah Jalan Kebun Bunga dan Jalan Gotterlib yang akan ditutup sepenuhnya, manakala bagi Jalan Utama, Jalan Burma, Jalan Macallister, Jalan Cantoment, Jalan Nunn, Jalan Brown, Jalan Scotland, Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Victoria dan beberapa jalan lagi ditutup sementara, bergantung kepada pergerakan pedati.
Katanya orang ramai terutama pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan pihak polis yang bertugas dan merancang perjalanan mereka bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Sebagai langkah menjaga keselamatan, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak bermain mercun, tidak meminum minuman keras dan tidak memakai barang kemas yang boleh menarik perhatian penjenayah.
"Tahun lepas, sepanjang tiga hari sambutan Thaipusam, lapan kes direkodkan, membabitkan kejadian samun dan curi barang kemas serta beg duit, jadi pengunjung dinasihatkan tidak memakai barang kemas bagi mengelak menjadi mangsa jenayah.
"Pengunjung juga tidak dibenarkan menerbangkan dron sepanjang sambutan itu kecuali telah mendapat permit dan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Antara laluan yang akan ditutup bagi perarakan pedati adalah Jalan Kebun Bunga dan Jalan Gotterlib. - Gambar fail
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara
Difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahkan sambutan pada hari ini.
Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir
Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir
TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Thaipusam
Ahmad Zahid menerusi catatan di Facebook berkata keindahan Malaysia terisi dengan kepelbagaian kaum, agama, adat dan tradisi, namun ia tetap harmoni.
Thaipusam kukuhkan nilai kekeluargaan
Bagi Nanthagoballa Morganan mengangkat kavadi pada usia dewasa menjadi lebih bermakna buatnya.
PM ucap selamat menyambut Thaipusam kepada masyarakat Hindu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada masyarakat Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya esok.
500,000 pengunjung dijangka ke Ipoh sempena Thaipusam
Terdapat lencongan dan penutupan jalan bagi memberi ruang kepada perayaan serta perarakan pedati juga kavadi.
Beberapa jalan di Pulau Pinang ditutup mulai esok sempena Thaipusam
Beberapa jalan-jalan utama di Pulau Pinang akan ditutup bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan pedati perak sempena sambutan Thaipusam.
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup bermula malam esok - Polis
Sebanyak 23 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula malam esok bagi memberi laluan kepada perarakan pedati sempena sambutan Thaipusam, Khamis ini.
Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.