awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan elektrik stabil bukti kerja pemulihan dilaksana dengan segera - TNB

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
27/07/2022
10:08 MYT
Bekalan elektrik stabil bukti kerja pemulihan dilaksana dengan segera - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) beri jaminan bahawa bekalan elektrik di negara berada dalam keadaan stabil di mana gangguan bekalan mampu dipulihkan dalam tempoh segera. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bahawa bekalan elektrik di negara berada dalam keadaan stabil di mana gangguan bekalan mampu dipulihkan dalam tempoh segera.
Ia sepertimana dibuktikan dalam kejadian gangguan bekalan di beberapa kawasan tengah hari tadi, jelas Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din.
Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan, bekalan elektrik di Malaysia adalah berdaya harap di mana pemulihan dapat dilaksanakan dengan pantas hasil kecekapan pasukan teknikal TNB.
“Ia selain rangkaian Grid Nasional itu sendiri mempunyai ciri-ciri pintar yang memudahkan kerja pengesanan dan pemulihan bekalan.
“Kami telah dapat menyelesaikan masalah gangguan dalam tempoh wajar, malah ada kawasan yang pulih seawal 20 minit selepas terputus bekalan.
“Pemulihan bekalan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap hasil pelaburan secara berterusan TNB memodenkan grid termasuk mendigitalkannya agar rangkaian pembekalannya lebih stabil, fleksibel dan konsisten,” katanya.
BACA: Bekalan elektrik pulih sepenuhnya - TNB
BACA: Perkhidmatan LRT Laluan Ampang - Sri Petaling sudah pulih sepenuhnya: Rapid Rail
Beliau juga menjelaskan bahawa kejadian yang berpunca dari kerosakan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North, Johor itu adalah kes terpencil dan kepantasan pemulihan bekalan menggambarkan tahap daya harap rangkaian sistem bekalan TNB.
Justeru, Baharin berkata beliau memberi komitmen bahawa TNB akan terus menyediakan bekalan elektrik yang berdaya harap dengan sentiasa melaksanakan senggaraan dan membuat pelaburan bagi meningkatkan keupayaan sistemnya.
“Keupayaan kami memulihkan bekalan hari ini adalah berikutan pelaburan besar dan berterusan TNB bagi menaik taraf sistem dengan sokongan Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan itu dan TNB akan menjalankan siasatan terperinci bersama pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi mengambil langkah-langkah pencegahan dan usaha penambahbaikan.
Tambahnya, kerosakan di PMU Yong Peng North di Yong Peng itu tidak melibatkan sebarang kebakaran dan PMU tersebut telah pun beroperasi sepenuhnya.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang dilapor terputus bermula pada jam 12.39 tengah hari Rabu.
Topic Berkaitan
#bekalan elektrik
#TNB
#Tenaga Nasional
#gangguan bekalan elektrik
#PMU Yong Peng North
#Lembah Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan