KUANTAN: Bekalan parasetamol terutama berjenama terkemuka semakin berkurangan dan agak sukar didapati di farmasi komuniti serta di kedai serbaneka di sekitar negeri ini.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa farmasi komuniti, kedai runcit dan kedai serbaneka mendapati bahagian rak yang mempamerkan bekalan ubat berkenaan didapati kosong.
Ia dikatakan berpunca daripada peningkatan pembelian sebagai persediaan untuk mengurangkan kesan sampingan seperti demam, sakit sendi dan sakit kepala selepas menerima suntikan dos penggalak.
Pemilik Farmasi Sekilau, Zuraida Abdul Kadir, 48, mengakui berdepan situasi itu terutama jenama keluaran GlaxoSmithKline (GSK) sekitar Jun dan Julai tahun lalu.
Menurutnya, kekurangan bekalan ubat itu disebabkan pembelian panik pengguna susulan dikatakan dapat melegakan simptom pasca vaksinasi.
"Bekalan ubat parasetamol jenama terkemuka paling terjejas bermula bulan ini. Kami langsung tiada bekalan sedangkan pengguna mahu menggunakan ubatan jenama itu.
"Kami juga tidak dibenarkan membuat tempahan barangan (ubatan) sendiri sebaliknya perlu mendapatkan bekalan daripada pembekal.
"Malah agihan ubat itu turut dihadkan kepada jumlah tertentu kepada setiap farmasi-farmasi dan kedai serbaneka," katanya ketika ditemui Sinar Harian di farmasi miliknya di Jalan Bukit Sekilau di sini pada Khamis.
Zuraida berkata, masalah ini bukan hanya berlaku di Malaysia sebaliknya di seluruh dunia.
"Kami difahamkan punca kekurangan ubatan membabitkan jenama terkemuka itu disebabkan bahan mentah (raw material) dalam penghasilan ubatan-ubatan terbabit.
"Seluruh dunia hadapi situasi ini, kami tidak dapat berbuat apa-apa dan pengguna pula perlu memilih kepada ubatan jenama lain yang masih ada di pasaran," ujarnya.
Zuraida tidak menolak kemungkinan berlaku kenaikan harga sekitar 10 peratus berbanding harga sedia ada bagi parasetamol.
Bagaimanapun, beliau meminta pengguna bersedia dengan kenaikan harga ubat-ubatan di farmasi.
Senada dengan Zuraida, pegawai farmasi di sebuah farmasi di Jalan Wong Ah Jang, Michelle Ong, 43, berkata, pembelian parasetamol semakin meningkat susulan pengambilan dos penggalak sejak Jun tahun lalu.
Menurutnya, terdapat beberapa jenama ubat parasetamol terjejas dan berkurangan susulan pembelian panik daripada pengguna.
"Jenama lain ada yang terjejas, tetapi kekurangan ubatan dari jenama terkemuka itu antara yang paling kritikal. Kebanyakan pengguna mahukan ubatan jenama itu sahaja.
"Saya telah membuat tempahan daripada pembekal sejak Disember lalu, tetapi bekalan diperoleh dalam jumlah yang terhad dan seolah-olah bekalan itu dicatu.
"Bila ditanya punca, pembekal maklumkan bekalan tiada di peringkat pengeluar dan masalah kekurangan bekalan ubatan ini bukan hanya berlaku di daerah ini, namun turut melanda negeri -negeri lain serta dunia," ujarnya.
Sementara itu, pekerja sebuah kedai serbaneka, Roslan Abd Rahim, 33, memaklumkan permintaan luar biasa daripada pengguna menyebabkan bekalan ubat jenama terkemuka itu habis di pasaran sejak kebelakangan ini.
"Pesanan untuk mendapatkan bekalan itu sudah dibuat, namun sehingga kini masih belum diperoleh.
”Saya tidak pasti berapa lama bekalan ubatan ini akan sampai," katanya.
Pengguna, Dalila Sari Abd Wahab, 35, yang bekerja sendiri berkata, dia menyedari bekalan parasetamol sukar diperoleh sejak beberapa hari lalu.
"Saya terpaksa pergi mencari sehingga tiga atau empat kedai, baru dapat beli. Dahulu, agak mudah untuk membeli ubatan jenama itu di pasaran.
"Saya tidak tahu apa punca kenapa semua barang termasuk ubatan-ubatan semakin sukar untuk diperoleh,” katanya.
Seorang lagi pengguna, Mutalib Hamid, 41, berkata, penggunaan parasetamol sangat penting dan beranggapan setiap rumah perlu menyimpannya sebagai langkah berjaga-jaga.
”Sekiranya demam atau kurang sihat, boleh mengambil ubatan dari jenama terkemuka itu sebagai rawatan awal," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 25 2022
Pekerja farmasi menunjukkan bekalan ubatan parasetamol yang sudah kehabisan susulan permintaan tinggi daripada pengguna. Gambar kecil dari kiri: Dalila Sari, Zuraida, Mutalib - Foto Sinar Harian
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Kerap sakit kepala, rupanya cacing pita bertelur dalam otak
Doktor yang melakukan imbasan mendapati sejumlah telur cacing pita 'bersarang' dalam otaknya.
Skim Perubatan MADANI akan diperluas
Pelaksanaan rintis Skim Perubatan MADANI akan diperluaskan bagi memastikan lebih ramai menerima rawatan kesihatan secara percuma di klinik perubatan swasta yang berdaftar.
Singapura sahkan tiga kes tempatan jangkitan virus Zika
Singapura mengesahkan tiga kes tempatan jangkitan virus Zika dengan semua kes melibatkan sama ada mereka yang tinggal atau bekerja di Kovan, kawasan yang terletak di bandar Hougang.
Sakit kepala dan migrain kronik: Bila anda perlu risau?
Sakit kepala tegang dan migrain boleh bertukar menjadi sakit kepala kronik.
Bahaya tarik rambut sampai 'meletup'! Bukan legakan sakit kepala, tapi... - Dr Wan
Dr Wan menjelaskan, bunyi pop yang didengar adalah bunyi lapisan Galea iaitu lapisan bawah kulit kepala yang ditarik daripada tengkorak.
Demi kesihatan, jangan sayang nak tukar bantal baharu
Kebiasaannya, tempoh luput bantal adalah dua bulan. Namun ia juga bergantung kepada beberapa ciri-ciri fizikal yang lain.
Bekalan parasetamol berkurangan di Pahang
Ia dikatakan berpunca daripada peningkatan pembelian sebagai persediaan untuk mengurangkan kesan sampingan.
Jenis sakit kepala dan apa anda perlu lakukan untuk kurangkan rasa sakit
Ada 150 Jenis Sakit Kepala & Nak Kurangkan Rasa Sakit, Ada Aktiviti Tertentu Perlu Elak!
5 tanda jika hubungan bersifat toksik, risiko untuk jejaskan kesihatan
Hubungan toksik boleh dialami oleh sesiapa sahaja sama ada melibatkan hubungan peribadi, saudara, sahabat, rakan sekerja mahupun ibu bapa dan anak.
Kurangkan pengambilan kopi dengan segera jika berdepan simptom ini
Bagi golongan yang bekerja, meminum kopi boleh menjadi pemangkin pembuka selera untuk mereka berdepan dengan pelbagai tugasan di pejabat atau tempat kerja.