SHAH ALAM: Seorang bekas pengurus kewangan sebuah syarikat peralatan muzik didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 22 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM28 juta.
Foo Yong Xian, 35, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir dan Hakim Norazlin Othman.
Di hadapan Muhamad Anas, tertuduh didakwa atas 10 pertuduhan menerima dan melupuskan wang berjumlah RM9.6 juta manakala di hadapan Norazalin, lelaki itu dituduh atas 12 pertuduhan memindah dan melupuskan wang berjumlah RM18.4 juta.
Kesemua perbuatan terhadap wang hasil daripada aktiviti haram itu didakwa dilakukan menerusi cek dan pemindahan dalam talian akaun milik syarikat peralatan muzik tersebut ke dalam akaun miliknya dan beberapa akaun syarikat lain.
Foo dituduh melakukan semua perbuatan itu di dua cawangan bank di Bangsar dan Bandar Puteri Puchong pada Februari 2018 hingga Disember 2020.
Pertuduhan dikemukakan mengikut subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zulfadli Mohd Nawawi manakala tertuduh diwakili peguam Tuw Min Ric.
Kedua-dua mahkamah membenarkan jaminan berjumlah RM154,000 bersama dua penjamin dan tertuduh diarahkan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.
Kes di hadapan Muhamad Anas dibenar dipindah untuk dibicarakan bersama di hadapan Norazlin pada 22 Mac depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023
Bekas pengurus kewangan sebuah syarikat peralatan muzik Foo Yong Xian, 35, (tengah) didakwa di dua Mahkamah Sesyen hari ini atas 22 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM28 juta. - Foto BERNAMA
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Pengurusan kes rayuan Syed Saddiq ditetapkan 14 Mei
Peguam Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi mengesahkan penetapan tarikh pengurusan kes tersebut.
Empat lagi penjawat awam ditahan kes rasuah sindiket penyeludupan di sempadan negara
Lagi penjawat awam ditahan kerana disyaki terbabit rasuah sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak melalui pintu sempadan negara.
4 penjawat awam direman, terima rasuah RM5 juta daripada sindiket penyeludupan
Empat penjawat awam ditahan reman empat hari kerana disyaki menerima rasuah lebih RM5 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak.
497 entiti disenaraikan di bawah senarai amaran pengguna kewangan BNM
Kerjasama dengan pihak berkuasa asing turut dijalankan bagi analisis jejakan kewangan atau siasatan ke atas sebarang jenayah penipuan dan skim kewangan haram yang dilakukan dalam negara mereka.
Saksi tidak sebut nama Guan Eng dalam siasatan kes rasuah terowong dasar laut pada 2018
Seorang saksi utama pendakwaan mengakui bahawa beliau tidak pernah memberitahu SPRM pada 2018 bahawa rasuah RM2 juta ditujukan untuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Kelulusan Najib diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu mahkamah kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB.
Bekas pengurus PHB dituduh pindah RM40,000 hasil aktiviti haram
Seorang bekas pengurus Bahagian Pengurusan Harta Syarikat PHB didakwa memindahkan RM40,000 hasil aktiviti wang haram.