awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Perkasakan sektor kesihatan, pelancongan antara agenda kerajaan

Bernama
Bernama
02/11/2020
01:55 MYT
Belanjawan 2021: Perkasakan sektor kesihatan, pelancongan antara agenda kerajaan
Belanjawan 2021 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat ini.
KUALA LUMPUR:Memperkasakan sektor kesihatan dan pelancongan negara merupakan antara agenda kerajaan dalam Belanjawan 2021, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Belanjawan yang disifatkan mencabar itu akan turut memberi perhatian dalam memastikan keperluan asas negara seperti makanan, akan sentiasa mencukupi, kata beliau pada sesi temu bual dalam program Agenda Awani yang disiarkan malam tadi.
"Bagi menangani isu kesihatan, sudah pasti hal-hal berkait rapat dengan Kementerian Kesihatan terutamanya berkaitan dengan anggota barisan hadapan (frontliners), harus diberi perhatian.
"Salah satu sebab kenapa kita masih belum dapat pulih adalah kerana sempadan negara masih ditutup. Ini menjejaskan ekonomi negara, maka sektor pelancongan umpamanya, perlu digerakkan semula," kata beliau.
Mustapa berkata meskipun negara masih bergelut memerangi pandemik COVID-19, kerajaan tetap perlu berbelanja bagi memastikan ekonomi negara kekal stabil.
Beliau menjelaskan kerajaan mendapat saranan untuk mempertingkatkan perbelanjaan pada tahun hadapan, antaranya dalam cabang infrastruktur bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat selepas kemerosotan yang teruk akibat COVID-19.
Beliau menambah walaupun penguncupan ekonomi pada tahun ini menyebabkan hasil kutipan kerajaan merudum dengan ketara, kerajaan terus komited untuk membantu rakyat.
Belanjawan 2021 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Mustapa Mohamed
#Agenda Awani
#ekonomi
#kerajaan
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#pandemik
#kesihatan
#rakyat
#pelancongan
#Perdana Menteri
#perbelanjaan
#Infrastruktur
#Belanjawan 2021
#sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan