Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah bersedia mendedahkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai orang tengah yang cuba merasuah baginda supaya diberikan pingat kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri.

Baginda mendedahkan menerima tawaran RM2 juta daripada satu individu supaya mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara supaya disenaraikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Seterusnya baginda menitahkan supaya SPRM hadir menghadap supaya maklumat dapat diberi dan disiasat segera.

Baginda juga menegaskan Johor memiliki harga diri dan anugerah bukannya boleh dijual atau dibeli.

“Ini Johor… kami ada harga diri. Anda tidak boleh beli anugerah dan gelaran dengan wang ringgit,” tegas baginda.

Baginda menegaskan Johor memiliki harga diri dan anugerah bukannya boleh dijual atau dibeli. -Royal Press Office Johor Darul Ta’zim