MARANG: Kementerian Sumber Manusia (KSM) mahu majikan membenarkan pekerja masing-masing untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud, bagaimanapun, berkata pihaknya tidak bercadang untuk mengeluarkan sebarang pekeliling berhubung perkara itu, mengambil kira peruntukan sedia ada dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Akta sedia ada menyebut mana-mana majikan yang enggan membenarkan pekerja keluar mengundi boleh didenda sebanyak RM5,000 atau penjara setahun.
"Semua majikan kena patuh untuk benarkan pekerja mereka balik mengundi dan kepada pekerja, kalau ada majikan tidak benarkan mereka pulang mengundi sila laporkan ke Jabatan Tenaga Kerja atau agensi kami yang lain untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Sesi Libat Urus TRIPARTITE 2023 Zon Timur di Institut Latihan Perindustrian Marang, di sini, hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan hari penamaan calon PRN akan datang pada 29 Julai ini, manakala pengundian awal ditetapkan pada 8 Ogos.
Enam negeri terlibat PRN kali ini ialah Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023
Akta sedia ada menyebut mana-mana majikan yang enggan membenarkan pekerja keluar mengundi boleh didenda sebanyak RM5,000 atau penjara setahun. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Sistem gaji progresif: Lambakan pekerja asing sukarkan pelaksanaan PWM - Pakar
Kerajaan perlu mengawal lambakan pekerja asing, sekiranya ingin menjalankan sistem gaji progresif (PWM) di negara ini.
Pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ditangguh ke 1 Jan 2023 - Saravanan
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 pada 1 September depan kepada 1 Januari 2023.
Adakah waktu kerja 9-5 untuk 5 hari seminggu masih relevan?
Namun selepas dua tahun pandemik melanda pekerja kini dilihat mahukan lebih fleksibiliti dari segi waktu bekerja.
Tingkatkan kualiti keselamatan pekerja dalam industri kelapa sawit
Polisi syarikat perlu diteliti dan dikemaskini dalam memastikan keselamatan serta kesihatan pekerja terjamin sepanjang menjalankan tugas.
Pecat 900 pekerja menerusi Zoom, pengurus firma di AS dikecam
Tindakan seorang Ketua Eksekutif memecat 900 pekerja disifatkan kejam apa lagi menjelang sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.
#DiariLockdown: Di sebalik COVID-19... rakyat Malaysia bangkit meneruskan kehidupan
DI SEBALIK banyak kesan buruk akibat COVID-19, sebenarnya terdapat pelbagai pengajaran yang baik akibat pandemik ini.
Semua pekerja domestik termasuk pembantu rumah, tukang kebun kini wajib carum Perkeso
Bermula 1 Jun, semua majikan wajib mendaftarkan pekerja domestik mereka termasuk warga asing dengan Perkeso.
Punca kejadian pemunggahan 'ganas' babitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti - Kementerian Sumber Manusia
Siasatan dilakukan terhadap beberapa buah premis perniagaan syarikat itu yang terletak di Perak, Melaka, Johor dan Selangor.
Positif COVID-19: Dua cawangan Jaya Grocer ditutup sementara
Dua pasar raya Jaya Grocer ditutup sementara susulan beberapa pekerja di cawangan Jaya Grocer Mutiara Tropicana dan Empire Shopping Gallery disahkan positif COVID-19.
Saringan wajib: 3,739 pekerja asing disahkan positif COVID-19 - Ismail Sabri
Seramai 3,739 daripada 190,429 pekerja warga asing yang menjalani ujian saringan wajib disahkan positif COVID-19 di negara ini.