TENOM: Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah di sini bahawa dia ada menghantar mesej kepada pendakwah terkenal itu menerusi aplikasi Instagram (IG).
Pengadu yang merupakan saksi kesembilan dalam pemeriksaan utama yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Analia Kamaruddin turut mendedahkan isi kandungan mesej yang dihantar kepada Ebit Lew pada 14 April 2021 di IG.
Pendedahan itu dibuat susulan daripada tangkap layar gambar mesej di aplikasi WhatsApp yang dibacanya satu persatu dan diminta untuk menjelaskan maksud mesejnya 'maaf saya sibuk' dan 'sudah mesej di IG'.
Antara isi kandungan mesej pengadu kepada Ebit Lew ialah pengadu sudah tidak mahu menghubungi pendakwah itu lagi tetapi tidak berasa senang hati kerana rasa berdosa dengan perbuatannya.
"Berdosa sangat pada suami sebab di belakang dia saya layan ustaz, sedihnya. Dulu tengok ustaz, mesti panggil suami tengok sama-sama, abang ikutlah macam ustaz Ebit.
"Sekarang sudah kosong, kadang tengok terbayang yang bukan-bukan. Pernah tengok beronani, memang menangis dan tidak senang hati," katanya di Mahkamah Majistret Tenom, di sini pada Khamis.
Katanya lagi, Ebit Lew tidak meminta maaf kepadanya kerana melakukan perkara sedemikian kepadanya.
"Mesej ini cuma nak cakap je, langsung tidak minta maaf dengan saya, sebab pernah buat yang tidak sepatutnya dengan saya, paksa saya bagi gambar macam-macam. Bodohnya saya ikut.
"Yang saya tidak sangka kenapa ustaz, saya pujuk juga hati tengok semua video, tidak apa. Ustaz orang baik tolong orang. Tapi bila dengar ceramah ka apa, memang tidak sangka sangat dah buat macam itu dengan saya.
"Entahlah mungkin pasal saya perempuan dan tidak biasa buat macam itu jadi saya teringat-ingat dan tidak senang hati rasa sangat berdosa.
"Yang sangat sedihnya, dah bawa saya buat macam itu terus buat tidak tahu je. Tidak apa kalau minta maaf dan kita dengan haluan masing-masing
"Saya kalau ikut sudah tidak mahu langsung mesej atau WhatsApp sebab nak elak benda yang tidak baik itu tapi nak juga luah.
"Nasib saya lah kan. Dapat simpan benda aib ini. Kalau orang mungkin sudah viralkan, tapi tak apa saya masih fikir lagi ustaz ini orang kenal," katanya.
Pengadu kemudian meneruskan lagi bacaannya bahawa jika pendakwah itu meminta maaf dengannya mungkin tidak membawa kepada anggapan yang buruk.
"Tahu tak, saya rasa sangat-sangat menyesal. Kenapalah layan, kenapa kita berhubung, berWhatsApp semua. Kalau dulu idola saja, suka tengok buat kerja itu ini.
"Sekarang kalau boleh tidak mahu tengok, sedih. Kenapa idola itu bawa jadi pendosa," katanya.
Pengadu sebelum itu diarahkan untuk menunjukkan isi kandungan telefonnya kepada mahkamah termasuk kepada barisan peguam dan tertuduh berkenaan mesej perbualan di dalam Instagram bersama seorang pemilik akaun 'ebitlew'.
Pengadu dalam pada itu turut membaca salah satu gambar tangkap layar yang memaklumkan bahawa dia sempat membuat tangkap layar termasuk wajah pendakwah tersebut.
"Tiada maknanya ustaz. Syukur saya sempat 'screenshot' semua gambar termasuk yang ada muka ustaz.
"Entahlah, saya tidak juga jahat, tapi sebab cara ustaz buat orang sakit hati, buat macam saya ini pelacur.
"Tidak apalah supaya jadikan pengajaran, tidak nampak baik kat depan je. Kalau ikut suami memang tidak. Tapi cara ustaz ini sakitkan hati orang," katanya.
Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Perbicaraan dikendalikan oleh Nor Azizah Mohamad dan Analia sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Ebit Lew diwakili oleh Datuk Ram Singh dan Timothy Daut manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 15 2024
Ebit Lew ketika keluar daripada Mahkamah Majistret Tenom. -Foto Sinar Harian
Kekejaman zionis: PBB beri amaran stok makanan di Gaza kehabisan
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kebuluran adalah risiko segera di Gaza dengan stok makanan kehabisan.
Kekejaman zionis: Israel mesti dihentikan! - Afrika Selatan di Mahkamah Dunia
Afrika Selatan gesa Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk perintahkan penghentian serangan Israel ke atas Rafah.
Kekejaman zionis: Liga Arab gesa gencatan senjata di Gaza
Pemimpin Arab menggesa gencatan senjata segera di Gaza, penarikan tentera Israel dan pembatalan sekatan terhadap orang awam di Gaza semasa sidang kemuncak Liga Arab, di Bahrain, pada Khamis.
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.
Pengeluar automotif China BAIC lancar dua model kereta penumpang pertama di Malaysia
BAIC sasar buka 10 cawangan pengedar di seluruh negara tahun ini dengan yang pertama dikendalikan oleh Edaran Otomobil Elektrik (M) Sdn Bhd.
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Semua cawangan Elews Mart ditutup bermula 15 Januari lepas?
Tinjauan di laman sesawang rasmi Elews Mart mendapati tiada notis dikongsikan di dalamnya.
Perbicaraan Ebit Lew disambung Mei depan
Perbicaraan pendakwah terkenal Ebit Lew, akan bersambung pada Mei depan dengan memanggil semula pengadu sebagai saksi kesembilan untuk memberi keterangan di Mahkamah Majistret Tenom.
'Berdosa sangat pada suami, di belakang saya layan ustaz Ebit Lew' - Saksi kesembilan
Pengadu dalam pada itu turut membaca salah satu gambar tangkap layar yang memaklumkan bahawa dia sempat membuat tangkap layar termasuk wajah pendakwah tersebut.
Saksi tolak panggilan video daripada Ebit Lew
Saksi itu berkata ada ketika Lew membuat panggilan video kepadanya tetapi beliau tidak mahu memperlihatkan wajahnya kerana berada dalam keadaan tidak bertudung.
Ebit Lew kerap hubungi, hantar gambar, tunjuk kemaluan - Pengadu
Pengadu kes Ebit Lew memberitahu mahkamah dia kerap menghubunginya melalui panggilan telefon dan video selain menghantar gambar serta menunjukkan kemaluan.
Kes Ebit Lew: Sedia penghadang untuk pengadu beri keterangan
Pengadu wanita merupakan saksi pendakwaan yang kesembilan bagi memberi keterangan di mahkamah.
Kes Ebit Lew: Saksi tidak tahu 17 gambar kemaluan lelaki milik siapa
Inspektor Yip Chang Ching tidak tahu 17 gambar kemaluan lelaki yang didedahkan dalam keterangan di mahkamah adalah milik siapa.
Saksi tidak bersetuju malukan Ebit Lew
Saksi kes perbicaraan Ebit Lew memberitahu bahawa beliau tidak memalukan tertuduh dengan melakukan ekstrak daripada telefon bimbit milik pendakwah tersebut.
Kertas siasatan kes Ebit Lew diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara
Polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes rogol melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.
Kes rogol: Polis rekod keterangan Ebit, Mondy
Keterangan itu termasuklah daripada Ebit Lew, pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Ariz Ramli atau Caprice.