ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Mei 2021.

1. Angka korban serangan zionis di Gaza hampiri 200 orang, 52 kanak-kanak

Serangan kejam zionis yang menyasarkan warga Palestin di Gaza memasuki minggu kedua.

2. Netanyahu tegas akan teruskan tindakan keganasan ke atas Gaza

Pemimpin rejim zionis Israel, Benjamin Netanyahu akan meneruskan tindakan keganasan ke atas Gaza biarpun dengan gesaan gencatan senjata daripada pelbagai pihak.

3. Kapasiti fasiliti kesihatan di Gaza kritikal, penduduk Palestin perlukan bantuan - Viva Palestina

Penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis Israel pada ketika ini amat memerlukan bantuan perubatan susulan peningkatan jumlah mereka yang cedera dan terkorban.

4. Isu Palestin: Israel mempertahankan diri? Alasan itu tidak boleh diterima - Tun Mahathir

Dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri adalah tidak boleh diterima sama sekali.

5. Selamatkan Palestin: Majlis Keselamatan PBB perlu ambil langkah drastik

Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengambil langkah segera dalam menghentikan serangan Israel ke atas Gaza.

6. Fasiliti kesihatan di Gaza berfungsi dengan baik, meskipun masih diuji COVID-19 - ICRC

Semua fasiliti kesihatan di Semenanjung Gaza masih berfungsi dengan baik, di sebalik serangan udara berterusan yang dilancarkam rejim Zionis ke wilayah itu.

7. Vaksin COVID-19: Singapura akan beri suntikan dos pertama kepada seramai mungkin penduduk

Singapura mungkin mempertimbangkan menyuntik satu dos vaksin COVID-19 terlebih dahulu kepada seramai mungkin penduduk di bawah fasa kedua program vaksinasi.

8. Pengembara ke Arab Saudi terima suntikan vaksin lengkap tidak perlu dikuarantin

Pengembara yang sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 tidak perlu melalui proses kuarantin apabila memasuki Arab Saudi.

9. COVID-19: India beri kelulusan kecemasan kepada vaksin 2-DG, biarpun dikritik pakar kesihatan

Pihak berkuasa di India telah memberi kelulusan untuk vaksin COVID-19 jenis 2-DG buatan negara itu sendiri, digunakan di hospital di Delhi, biarpun tidak mempunyai data klinikal yang mencukupi.

10. Terlalu ghairah 'berselfie', tujuh penumpang mati lemas selepas bot terbalik

Gara-gara mengabaikan faktor keselamatan kerana terlalu sibuk ‘berselfie’, tujuh orang pelancong mati lemas apabila bot yang mereka naiki terbalik di sebuah kawasan takungan air di Daerah Boyolali, Indonesia.