ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mei 2024.
1. Kapal Handala milik FFC ke Eropah Utara, anjur protes tentang kekejaman Israel di Gaza
Kapal Handala milik Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan belayar ke beberapa negara di utara Eropah sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza dalam misi “For the Children of Gaza”.
2. Turkiye gantung aktiviti perdagangan dengan Israel
Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan dengan Israel pada Khamis berikutan serangan berterusan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza, kata Kementerian Perdagangan Turkiye.
3. UNESCO hadiahkan semua wartawan Gaza anugerah PBB
Pertumbuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menganugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Sedunia kepada semua wartawan Palestin yang membuat liputan mengenai perang di Gaza.
4. Pelajar Columbia sifatkan NYPD kejam, ngeri
Pelajar Universiti Columbia dan penyokong pro-Palestin meneruskan protes dan berarak di luar pintu masuk universiti berkenaan di tengah-tengah kekejaman yang berterusan di Gaza.
5. Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rundingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Ketua Hamas, Ismail Haniyeh berkata pada Khamis bahawa satu delegasinya akan ke Mesir dalam masa terdekat bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
6. Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.
7. Institusi pendidikan di Kerala, India ditutup susulan gelombang haba
Pihak kerajaan tempatan di negeri selatan India, Kerala pada Khamis mengarahkan penutupan institusi pendidikan di sana sehingga 6 Mei ini berikutan keadaan cuaca yang amat panas, lapor Xinhua.
8. Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Satu tinjauan pendapat umum membabitkan 1,513 warga Perancis menunjukkan 80.2 peratus responden berpendapat China merupakan kuasa besar yang berpengaruh dan 70.3 peratus menganggap China sebagai sebuah negara yang berjaya.
9. 'Pindahkan jasad Maradona ke tempat lebih selamat' - Anak
Anak-anak mendiang Diego Maradona memfailkan permintaan kepada Mahkamah Argentina pada Khamis untuk memindahkan jasad legenda bola sepak dunia itu "ke tempat yang lebih selamat" dan memberi peluang untuk peminat "memberi penghormatan" di sebuah makam.
10. Orang utan rawat luka sendiri guna tumbuhan
Seekor orang utan di Indonesia dipercayai merawat luka di mukanya dengan menggunakan tumbuhan ubatan, kali pertama tingkah laku ini dirakamkan saintis.
Astro Awani
Fri May 03 2024
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Usaha mengiktiraf boria sebagai warisan dunia UNESCO
Akademi Boria sedang berusaha memperjuangkan supaya boria disenaraikan sebagai Warisan Dunia UNESCO agar ia dapat dipertahankan seterusnya menjadi satu warisan yang tidak hilang ditelan zaman.
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.
Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.
Kampung Baru Cina: Kor Ming ajak UMNO bincang
Menurut beliau, pertemuan itu bagi menjelaskan fakta sebenar berhubung cadangannya itu.
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
Kemboja: Tambak di bahagian barat Angkor Wat dilancar
Pemuliharaan dan pengukuhan tambak dengan mengekalkan bentuk asalnya telah meningkatkan nilai kuil Angkor Wat.
Venice tidak disenarai sebagai tapak warisan terancam - UNESCO
Keputusan itu dibuat oleh sebuah jawatankuasa UNESCO yang sedang bermesyuarat di Riyadh, Arab Saudi.
Pulau Pinang kekal komited pelihara tapak warisan - KM
Kerajaan Pulau Pinang kekal komited memelihara tapak warisan dalam negeri kerana ia amat penting bagi generasi akan datang.
PBB bincang isu sisa buangan plastik di Persidangan Paris
Sesi rundingan selama lima hari akan berlangsung di ibu pejabat UNESCO di Paris bermula Isnin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.