ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Ogos 2026.
TPM Fadillah Yusof bakal jalani pembedahan pintasan jantung di IJN
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat atas nasihat pasukan pakar perubatan.
Hutan tujuh ekar berdekatan IPD Sepang dijilat api
Satu kebakaran hutan seluas tujuh ekar dilaporkan berlaku di kawasan berbukit berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang awal pagi Isnin.
Belum masa adakan PRU16, beri peluang dasar ekonomi tunjuk hasil - Hassan Karim
Belum tiba masanya untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sebaliknya Kerajaan MADANI perlu meneruskan pentadbiran sehingga melengkapkan tempoh mandat semasa.
Speaker DUN Selangor dijangka putuskan kedudukan kerusi minggu ini - Amirudin
Kerajaan negeri kini menunggu notis rasmi daripada Speaker DUN Selangor tentang kedudukan kerusi berkenaan, manakala Penasihat Undang-Undang negeri sedang menyiapkan nota.
1MDB alami kerugian AS$5.64 bilion, Najib didakwa dalang penipuan - Peguam 1MDB
Mahkamah diberitahu 1MDB dan empat anak syarikatnya akan membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dalang di sebalik penipuan membabitkan 1MDB.
Beri sokongan penuh kepada MB Negeri Sembilan baharu - Jalaluddin
Jalaluddin berkata semua pihak perlu mengetepikan perbezaan dan kembali bersatu demi memastikan kerajaan negeri dapat ditadbir dengan baik dan berkesan tanpa gangguan.
Loke lepaskan jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan
Anthony Loke mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan susulan gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu lalu.
Keutamaan MB Negeri Sembilan jaga kestabilan institusi adat – Profesor Ulung
Keutamaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ialah menjaga kestabilan institusi adat.
Perodua turunkan harga Axia di Semenanjung, Sabah & Sarawak berkuat kuasa serta-merta
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengumumkan pengurangan harga bagi model Axia sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta-merta, susulan peningkatan kecekapan operasi syarikat.
Sabitan kes rogol Da’i Syed tidak selamat, tidak sepatutnya dikekalkan - Peguam
Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu sabitan bagi kesalahan rogol terhadap pendakwah selebriti Da’i Syed adalah tidak selamat dan tidak sepatutnya dikekalkan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam kes pihak pendakwaan khususnya berhubung isu persetujuan.