ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Ogos 2026.
Dasar tidak popular perlu dilaksanakan demi manfaat jangka panjang - Amir Hamzah
Dasar tidak popular perlu dilaksanakan demi manfaat jangka panjang negara dan kesejahteraan rakyat, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pengusaha dewan makan MRSM, Kolej MARA wajib beli bahan mentah daripada usahawan Bumiputera
Majlis Amanah Rakyat (MARA) meluluskan dasar baharu yang mewajibkan semua pengusaha dewan makan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Kolej MARA mendapatkan bekalan bahan mentah hanya daripada usahawan Bumiputera.
Pelan perkukuh kawalan pintu masuk negara dibentang ke Kabinet esok
Pelan komprehensif bagi menambah baik kawalan di pintu masuk negara akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Pemandu lori tangki didakwa pandu melulu hingga sebabkan kematian dua beranak
Seorang pemandu lori tangki berhadapan dua pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian dua beranak di Kilometer 9 Jalan Temerloh-Triang, Jumaat lepas.
Siasatan berkaitan Tabung Haji boleh melangkaui skop laporan RCI - PM Anwar
Siasatan dan tindakan pihak berkuasa berhubung isu Lembaga Tabung Haji (TH) boleh melangkaui skop serta tempoh yang diteliti Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Fashion Valet terima RM19.5 juta daripada Khazanah pada Mac 2018, mahkamah diberitahu
Mahkamah diberitahu bahawa Khazanah telah membuat transaksi pemindahan wang berjumlah kira-kira RM19.5 juta ke akaun milik syarikat fesyen tempatan, Fashion Valet, pada Mac 2018.
Syed Saddiq, Bella Astillah kahwin 10 Oktober ini, majlis di menara kedua tertinggi dunia
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi serta pelakon, Bella Astillah mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober depan.
Kes Jana Wibawa Muhyiddin: KCJ Engineering gagal penilaian kontraktor, ada projek sakit - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu syarikat KCJ Engineering Sdn Bhd pernah gagal dalam penilaian kontraktor kerana mempunyai projek sakit serta prestasi kerja semasa yang tidak memuaskan sebelum syarikat itu dilantik bagi melaksanakan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Pulau Batu Puteh: Dr Mahathir diberi tempoh dua minggu fail permohonan kemuka laporan RCI
Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan pendengaran rayuan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas peguam bekas Perdana Menteri itu memaklumkan hasrat beliau untuk memfailkan permohonan bagi mengemukakan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pulau Batu Puteh sebagai keterangan baharu.
PRN Melaka: Saifuddin Nasution akan bertemu Ab Rauf bincang kerjasama
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak kemungkinan akan bertemu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi membincangkan kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).