Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Mac 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Mac 2026.

1. Jangan jadikan keselamatan negara modal politik - MKN

Advertisement

Isu keselamatan negara tidak seharusnya dijadikan modal politik, sebaliknya memerlukan kesepakatan bipartisan demi memastikan kestabilan dan kedaulatan tanah air terus terpelihara daripada sebarang elemen pengaruh asing.

2. Pelakon wanita, suami direman bantu siasatan kes tipu tanah kurnia

Seorang pelakon wanita dan suami direman tiga hari bermula Khamis bagi membantu siasatan polis berhubung kes penipuan urusan penjualan tanah lot kurniaan tidak wujud melibatkan kerugian RM1.5 juta.

3. Lelaki 44 tahun di Sarawak korban pertama akibat rabies tahun ini - Dzulkefly

Lelaki warga tempatan berusia 44 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan rabies di Kota Samarahan, Sarawak pada 25 Feb lepas, menjadikan ia kes kematian pertama direkodkan tahun ini.

4. Felda perlu dilibatkan dalam projek pembinaan, pembangunan negara - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Felda tidak boleh lagi dilihat sebagai entiti terasing, sebaliknya kawasan itu mesti dilibatkan dalam sebarang projek pembinaan dan pembangunan negara secara menyeluruh.

5. Stok beras cukup, harga baja dipantau - Mohamad Sabu
Kerajaan memberi jaminan bekalan makanan negara, khususnya beras, masih berada pada tahap stabil meskipun konflik di Asia Barat menimbulkan kebimbangan terhadap rantaian bekalan global.

6. Dakwaan wujud 'Blok Borneo' tidak berasas, naratif perlu diperbetulkan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa dakwaan wujudnya ‘blok Borneo’ seperti yang dibangkitkan beberapa pemimpin politik baru-baru ini, adalah tidak berasas.

7. 'Wang RM2.8 juta diberi sah bukan rasuah' - Zizie Izette 

Balu kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette A Samad memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, bahawa wang berjumlah RM2.8 juta yang diterimanya adalah sah dan diberikan secara sukarela sebagai ‘wang pengenalan’.

8. BNM kekalkan OPR 2.75 peratus

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada mesyuarat Khamis membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

9. CAS longgarkan hukuman tujuh pemain warisan, FAM tetap perlu bayar denda RM1.8 Juta
Keputusan rayuan melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya akhirnya menemui titik akhir apabila Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membuat keputusan yang sedikit melegakan kem bola sepak negara.

10. Dakwaan berlaku serangan di balai polis tidak bertanggungjawab - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya berlaku serangan ke atas Balai Polis Meru, Klang di Selangor seperti yang ditularkan di media sosial.

Must Watch Video