Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Oktober 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Oktober 2026.

Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Oktober 2026.

  1. Pelajar maut di Batu Pahat: 'Jangan sembunyikan apa-apa, tindakan tegas jika cuai' - Fadhlina

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak sekiranya terbukti wujud kecuaian berhubung insiden kematian seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini, semalam.

  2. Pelajar maut di Batu Pahat: PM arah siasatan segera, menyeluruh dan telus

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus berhubung insiden kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor.

  3. Pelajar maut di Batu Pahat: Rakan sekolah direman enam hari

    Rakan sekolah kepada mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan pelajar Tingkatan Empat itu di Yong Peng, Batu Pahat, Johor, pada Sabtu.

  4. Tidak puas hati abang kerap minta wang punca OKU mental mengamuk, pukul sehingga maut

    Tidak berpuas hati terhadap abangnya yang dipercayai kerap meminta wang daripada ibu bapa dipercayai menjadi antara punca seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental mengamuk sebelum memukul abangnya sehingga maut di Kampung Banggol Tasek, Bukit Payong, di sini, semalam.

  5. Rendang, sate tawan Washington, Malaysia curi tumpuan di Bank Dunia

    Masakan Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya di persada antarabangsa apabila Ibu Pejabat Bank Dunia baru-baru ini menjadi pentas memperkenalkan kekayaan warisan kulinari negara menerusi program Malaysia Cultural and Food Celebration.

  6. Agong berangkat menyaksikan F1 GP Bahrain di SIC

    Penganjuran semula Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas sembilan tahun hari ini mendapat perhatian istimewa apabila Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026, bersama-sama pemimpin tertinggi Malaysia, Bahrain dan Brunei.

  7. PRN Melaka: BN 'sangat terbuka' berunding dengan PH - Zahid

    Barisan Nasional (BN) masih “sangat terbuka” untuk mengadakan perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

  8. DKU tegaskan Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

    Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menegaskan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kerana tiada proses sah pernah menyebabkan Baginda terhenti memegang jawatan berkenaan.

  9. Tragedi Yong Peng: Bapa harap keadilan buat Irene Sofiya

    Keluarga kepada pelajar perempuan tingkatan empat yang ditemukan maut disyaki dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor pada Sabtu berharap keadilan dapat ditegakkan buat arwah Irene Sofiya.

  10. F1: Verstappen atasi 'drama cuaca' Sepang, tawan GP Bahrain di Malaysia

    Juara dunia empat kali, Max Verstappen menamatkan kemarau kemenangannya musim ini selepas menampilkan pemanduan bertenaga dalam keadaan litar basah untuk menjuarai perlumbaan penuh drama Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC), petang ini.
     

     


 

Must Watch Video

Advertisement