ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 10 Jun 2020.

1) Tubuh pasukan tindak balas kecemasan di sekolah

Kementerian Pelajaran (KPM) disaran untuk menubuhkan satu pasukan tindak balas kecemasan (ERT) di setiap sekolah bagi memastikan setiap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi semua pihak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan.

2) Sempadan negara dilonggarkan?

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberi bayangan kemungkinan sempadan negara jiran akan dilonggarkan jika kes transmisi tempatan terkawal.

3) Kemungkinan jangkitan dalam kalangan pelajar amat rendah - Pakar

Kemungkinan berlakunya jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar selepas sekolah kembali dibuka kelak adalah sangat rendah.

4) Bilangan jemaah solat Jumaat, fardu di Pulau Pinang ditambah bermula 12 Jun

Bilangan jemaah solat Jumaat di Pulau Pinang ditambah kepada 40 orang berbanding 15 jemaah sebelum ini, berkuat kuasa 12 Jun, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

5) Rendahnya kes baharu hari ini! Ini lima tumpuan sidang media COVID-19

Kes baharu COVID-19 terus mencatatkan penurunan dan kekal satu digit. Malah, Malaysia mencatatkan jumlah kes baharu COVID-19 paling rendah apabila hanya 2 kes dilaporkan pada hari ini.

6) Kes baharu COVID-19 hampiri sifar!

Malaysia mencatatkan jumlah kes baharu COVID-19 paling rendah sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila hanya dua kes dilaporkan pada hari ini.

7) PKPP: Enam perkara perlu dipertimbangkan semasa rentas negeri

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos.

8) MB Kelantan nasihat perantau pulang ke kampung kekal patuh SOP

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menasihati perantau yang pulang ke negeri itu agar kekal patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

9) Bersedia ke sekolah? Ini Garis Panduan KPM kepada setiap pelajar dan guru

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan 24 Jun ini sebagai tarikh pembukaan sekolah melibatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara.

10) Sekolah kelas peperiksaan awam SPM, SVM, STPM, STAM dibuka semula 24 Jun

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan 24 Jun ini sebagai tarikh pembukaan sekolah melibatkan murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara.