ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 11 Julai 2020.

1) Dr Masliza wanita Malaysia pertama sandang jawatan Profesor Madya di Universiti Oxford

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Sabtu mengucapkan tahniah kepada Dr Masliza atas kenaikan pangkat itu serta mengakui kebijaksanaan dan pencapaian hebat beliau sebagai pakar kardiologi.

2) Dua polis cedera, penyeludup ketum rempuh kereta pengiring Menteri Pelancongan

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas, penyeludup berusia 43 tahun itu dipercayai membawa lebih 500 kilogram daun ketum sedang dikejar oleh anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA).

3) Campak bayi dari tingkat 13: Pasangan kekasih direman enam hari

Perintah tahanan reman dibuat di dua lokasi berbeza iaitu di Lokap Berpusat Bayan Baru dan juga di Wad Bersalin Hospital Pulau Pinang (HPP).

4) Bekas deejay radio, Gary Ratnam ditemukan mati

Bekas deejay sebuah saluran radio tempatan, Gary Ashraf Ratnam Abdullah, 55, atau dikenali sebagai Scam Boy ditemukan mati di kediamannya di sini hari ini.

5) Kematian meningkat kepada 122 selepas 26 hari, ini intipati sidang media KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kembali mencatatkan satu lagi kematian pada Sabtu selepas 26 hari tiada kematian dilaporkan dalam negara.

6) PKPP: 2,507 patuh SOP solat berjemaah dan Jumaat

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat di 2,507 masjid seluruh negara, membabitkan 287,296 jemaah.

7) PKPP: Lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Sempadan negara terus diperketatkan bagi memastikan pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak membolosi negara ini.

PERKEMBANGAN POLITIK

8) Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita PKR

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara rasmi pada Sabtu.

9) PKR dah tak relevan, kata Azmin

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, itu antara sebab anggota termasuk pimpinan tertinggi PKR hilang keyakinan terhadap parti itu.

10) BN tampil dengan formula pengagihan kerusi membabitkan Bersatu, Pas - Annuar Musa

Barisan Nasional (BN) telah tampil dengan formula bagi menyelesaikan isu berkaitan pengagihan kerusi pilihan raya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS bagi pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Setiausaha Agungnya Tan Sri Annuar Musa.