MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 11 Ogos 2020.
Tujuh orang termasuk dua kanak-kanak maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan sebuah treler dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Keramat Pulai-Cameron Highlands dekat sini, petang ini.
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM372,000 bagi membolehkan sebuah syarikat ditawarkan projek.
Harga pelitup muka akan dijual pada harga lebih rendah iaitu RM1 sekeping di peringkat runcit manakala 95 sen di peringkat pemborong.
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan untuk menambah tempoh hukuman penjara 12 tahun dan jumlah denda RM210 juta dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC Sdn Bhd.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sembilan kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini sehingga jam 12 tengah hari tadi.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sembilan kes baharu dilaporkan di negara ini sehingga pukul 12 tengah hari tadi sekali gus menjadikan jumlah kes di negara ini adalah 9,103.
Dua lelaki dikompaun selepas ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kampung Kuala Sanglang, di sini.
Sekurang-kurangnya enam murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Malim di sini, cedera selepas bumbung kelas di bangunan tiga tingkat sekolah berkenaan diterbangkan angin akibat ribut, pagi Selasa.
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sepang di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang merupakan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada akhir Julai lepas.
Parti Warisan Sabah (Warisan) akan mempertimbangkan cadangan 40 peratus calon muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami