MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 15 Ogos 2020.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 10 kes Kluster Tawar direkodkan di Kedah dan Pulau Pinang (dua).
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 129 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan daripada jumlah itu seramai 20 individu telah direman.
Pemilik rangkaian Restoran Ali Maju Sendirian Berhad, Datuk Jawahar Ali Taib Khan hari ini berkata pihaknya akur dengan notis penutupan sementara yang dikenakan ke atas salah sebuah restoran miliknya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan persetujuan cadangan itu ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2020 di Pusat Konvensyen Antarbangsa (Persada), Johor Bahru.
Pendakwah bebas dan usahawan terkenal 'Ebit Lew' yang sering meniti di bibir masyarakat kebelakangan ini berikutan sumbangannya dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan, diberikan penghargaan bagi kategori Anugerah Khas, Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2020.
Kebun vanila berkeluasan 0.81 hektar di Taman Pertanian Permatang Pauh, Pulau Pinang menjadi kebun pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi pertanian pintar yang dijangka memberi pulangan RM1.5 juta setahun.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu juga bersetuju dengan dengan cadangan itu yang mendokong Perikatan Nasional (PN) sebagai satu gabungan besar.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi dalam menegaskan perkara itu berkata justeru, tiada alasan untuk peniaga menjual pelitup muka dengan harga lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan.
Hasil tangannya - mural memaparkan wajah tokoh negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah pernah tular, menghadirkan kekaguman di seantero negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami