ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 16 Ogos 2020.

1) COVID-19: 25 kes baharu dilaporkan, enam kes dari Kluster Tawar

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu sebanyak 16 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

2) Dua pekerja restoran di Kuala Lumpur disahkan positif COVID-19 - Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan dua kes jangkitan dalam negara membabitkan pekerja restoran bukan warganegara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti yang tular di laman sosial sejak Sabtu.

3) Individu kuarantin wajib, premis perniagaan dan tapak binaan patuh SOP - Ismail Sabri

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 405 pemeriksaan yang dijalankan ke atas individu yang sedang menjalani kuarantin wajib 14 hari menunjukkan bahawa mereka mematuhi SOP ditetapkan.

4) Agong zahir takziah kepada keluarga Tan Sri Dr Abdul Rahman

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham bersabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu itu.

5) Slim Memilih: 60 tahun hidup bergelap, Orang Asli Kampung Sungai Teras harap sinar

Penasihat Tok Batin Suku Kaum Semai Malaysia, Gaharai Kadik, berkata situasi tersebut menyukarkan kehidupan harian masyarakat Orang Asli di kampung itu.

6) Sabah Memilih: Siapkan Pan Borneo segera demi kelangsungan hidup rakyat

Projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 5,324 kilometer yang merentasi dua negeri Sabah dan Sarawak diharap dapat disiapkan lebih awal dari tempoh baharu yang diumumkan bulan lalu.

7) Isa Samad bela diri sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta di Mahkamah Tinggi esok

Esok, bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad akan membela diri di Mahkamah Tinggi di sini, terhadap sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB), enam tahun lepas.

8) Baru larikan kenderaan 30 minit, penyamun maut kemalangan

Seorang lelaki hanya sempat ‘bergembira’ dengan kenderaan yang dilarikannya selama 30 minit sebelum maut dalam kemalangan di Kilometer 20.5 Jalan Johor Bahru- Kota Tinggi, pagi Ahad.

9) Hafizh Syahrin terbabit kemalangan di GP Austria, disahkan stabil

Hafizh yang mewakili pasukan Aspar merempuh jentera Enea Bastinni yang terjatuh ketika mengambil selekoh, menyebabkan motosikalnya mengalami kerosakan teruk dan dia terpelanting sebelum terhempas di atas litar.

10) Enea Bastianini kesal, doakan Hafizh Syahrin cepat pulih

Bastianini yang kesal dengan kejadian berlaku, membuat satu kenyataan di Twitter rasminya dengan mendoakan kesejahteraan Hafizh Syahrin, pelumba Moto2 negara yang turut terlibat dalam kemalangan itu.