ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 19 Ogos 2020.

1) Isteri, anak Abdul Azeez pegang jawatan pengarah, pemegang saham - Saksi

Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Muhamad Akmaludin Abdullah, 37, berkata beliau telah menerima sepucuk surat dari ibu pejabat SPRM yang memohon untuk mendapatkan maklumat empat syarikat pada 10 Ogos 2018.

2) Sabah Memilih: Hormati keputusan saya - Zahid Hamidi

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua ahli menghormati keputusan pelantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk mengetuai jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

3) Masjid, surau di 46 kariah di Kedah diarah tutup

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) mengarahkan penutupan kesemua masjid dan surau di 46 kariah dalam daerah Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Baling bermula Rabu susulan penularan wabak COVID-19.

4) Balai Polis Sentul operasi semula, lelaki disahkan bukan pesakit COVID-19

Demikian jelas Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah, dalam satu kenyataan ringkas, berhubung penutupan balai polis itu selepas tular gambar seorang lelaki didakwa mempunyai simptom COVID-19 telah hadir ke balai terbabit pada pagi Rabu.

5) Kluster Tawar, Sala catat kes baharu: Ini 5 tumpuan kenyataan media COVID-19 hari ini

Berikut adalah lima perkara yang menjadi tumpuan dalam kenyataan media mengenai COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

6) COVID-19: MOSTI cadang beri vaksin percuma kepada rakyat Malaysia

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata beliau akan mengemukakan cadangan tersebut apabila vaksin tersebut tersedia dan dapat dibeli.

7) Umat Islam perlu ambil iktibar dan semangat hijrah Rasulullah - Perdana Menteri

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap umat Islam mengambil iktibar dan semangat hijrah Rasulullah dengan sebaik-baiknya sempena sambutan Maal Hijrah 1442 hijrah.

8) Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442 Hijrah/2020M.

9) Penemuan Anna Jenkins: Identiti pekerja kontrak dirahsiakan untuk keselamatan

Identiti pekerja kontrak yang menjumpai cebisan tulang Anna Jenkins, wanita Australia yang hilang di negeri ini tiga tahun lepas, dirahsiakan bagi melindungi lelaki itu.

10) KDNK -3.2 peratus pada Jun petunjuk pemulihan ekonomi sedang berlaku - Tengku Zafrul

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar -3.2 peratus dalam bulan Jun 2020 adalah petunjuk jelas pemulihan ekonomi sedang berlaku dalam negara sejajar dengan pembukaan ekonomi pada bulan Mei.