ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang
paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 24 Ogos 2020
1) Ini realiti kehidupan miskin bandar Kuala Lumpur ketika PKP - UNICEF, UNFPA
GOLONGAN berpendapatan rendah, wanita dan kanak-kanak adalah individu yang paling terjejas akibat COVID-19.
Ini kerana mereka adalah kumpulan paling berisiko terhadap sebarang bentuk kejutan ekonomi.
2) Prosiding inkues kes kematian Nora Anne Quorin bermula
Prosiding inkues kes kematian remaja Ireland, Nora Anne Quorin bermula di Mahkamah Koroner Seremban, di sini hari ini.
Prosiding dijalankan di hadapan Koroner Maimoonah Aid dan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang juga pegawai pengendali inkues, Muhamad Iskandar Ahmad.
3) LKAN: Tadbir urus TH Hotel & Residence, TalentCorp kurang memuaskan
TH Hotel & Residence Sdn Bhd disenarai dalam kategori tabdir urus kurang memuaskan menerusi laporan pengauditan pengurusan syarikat di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid yang memaklumkan perkara itu berkata, sebuah syarikat lagi dalam senarai sama ialah Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).
4) COVID-19: 7 kes baharu, tiada kes di Kluster Tawar
Sebanyak tujuh kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,274 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia.
5) 515 individu ingkar PKPP ditahan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 515 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 440 individu dikenakan kompaun dan 68 lagi direman.
6) Moratorium mungkin tidak akan dilanjutkan kepada golongan berkemampuan, ini nasihat Menteri Kewangan
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi bayangan bahawa moratorium bayaran balik pinjaman yang akan berakhir September depan tidak akan dilanjutkan kepada golongan berkemampuan.
Sebaliknya, beliau menasihati mereka supaya membuat pembayaran balik segera bagi membantu aktiviti pinjaman baharu kepada mereka yang lebih memerlukan.
7) 15,174 individu pulang ke tanah air sejak 24 Julai
Seramai 15,980 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai sehingga Ahad, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, kesemua mereka ditempatkan di 72 stesen kuarantin membabitkan 67 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu dan Labuan.
8) Kuarantin: Menteri tidak terkecuali - Muhyiddin
Kerajaan mengambil maklum dan memandang serius perbuatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali didakwa melanggar perintah kuarantin selepas pulang dari Turki, 7 Julai lalu.
Justeru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang.
9) Remaja dihukum penjara kerana membunuh 23 individu di pusat tahfiz, failkan rayuan
Remaja lelaki berusia 19 tahun yang dihukum penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong setelah didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, telah memfailkan rayuan terhadap perintah itu.
Peguamnya Haijan Omar ketika dihubungi berkata satu notis rayuan difailkan terhadap perintah Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos itu menerusi sistem e-filing sehari selepas mahkamah membuat keputusan.
10) Perbicaraan kes Zahid Hamidi: Saksi 'terkejut' Lewis & Co pemegang amanah Yayasan Al-Falah
Seorang daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Al-Falah memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau ‘terkejut’ dengan kenyataan rakan kongsi Tetuan Lewis & Co, B. Muralidharan bahawa firma guaman tersebut merupakan pemegang amanah yayasan itu.
Faisalludin Mohamat Yusuff, 43, berkata kenyataan yang dikeluarkan Muralidharan semasa memberi keterangan di mahkamah yang dibacanya di media sosial adalah tidak benar.
Khairunnisa Kasnoon, Khairy Jamaluddin
Mon Aug 24 2020
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 24 Ogos 2020
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.