ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 17 September 2020.

1) COVID-19: Kes positif menurun, 15 dilaporkan pulih

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kes jangkitan COVID-19 di negara ini menyaksikan penurunan kepada 21 kes pada Khamis berbanding 62 kes yang dilaporkan semalam, sekali gus merekodkan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu sebanyak 10,052 kes.

2) COVID-19: KKM kesan satu kluster baharu di Sabah

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu berpunca daripada kes indeks kluster (iaitu kes ke-9,969) merupakan seorang wanita warganegara Malaysia yang berusia 32 tahun.

3) Lebih 600 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 - Dr Adham

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, 406 kes merupakan petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

4) PRN Sabah: Pengundi pos jangan tular kertas undi di media sosial - SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengingatkan kepada semua pengundi pos Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul Borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) yang disertakan.

5) Syed Saddiq daftar parti Muda hari ini

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendaftarkan Muda sebagai parti politik di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini.

6) Petronas bayar Sarawak RM2,956,671,407.36

Kerajaan Negeri Sarawak hari ini menerima bayaran Cukai Jualan Negeri (SST) bagi produk petroleum RM2,956,671,407.36 daripada Petroleum Nasional Berhad (Petronas).

7) Kes lemas tidur dalam kereta: Mangsa ketiga meninggal dunia

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata Nor Adilah Mohd Safwan, 21, meninggal dunia pada jam 4.23 petang ketika dirawat di Hospital Angkatan Tentera Lumut.

Terdahulu, dua rakannya Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, dan Ayuni Shazwanie Shabri, 21, masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian dan Hospital Seberang Jaya (HSJ) awal pagi tadi.

8) Padam api kereta, jumpa mayat dalam beg

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, beg berisi mayat yang masih belum dikenalpasti identiti ditemui di bahagian tempat duduk belakang kereta jenis Honda Civic Ferio itu.

9) Kilang proses kelapa, mi meloyakan diarah tutup sementara

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) JKNPP Mohd Wazir Khalid berkata, ketika diserbu, keadaan persekitaran kilang yang beroperasi tanpa lesen itu amat kotor dan meloyakan.

10) Budak lelaki 6 tahun tergelincir, kaki tersangkut dalam lubang tandas

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih 30 minit selepas tergelincir dan kaki kanannya tersangkut dalam lubang tandas di sebuah rumah di Tasek Gelugor, Butterworth pada Khamis.