ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 27 September 2020.
1) TEMCO di Amanjaya ditamatkan hari ini
Selepas sebulan Zon Melor, Amanjaya di Kedah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara pentadbiran (TEMCO), akhirnya penguatkuasaan itu akan ditamatkan pada hari ini, 27 September 2020.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas tiada pertambahan kes baru positif COVID-19 direkodkan untuk tempoh 13 hari sejak 14 September lepas.
2) PRN Sabah: "Kekalahan PCS perlu dijadikan iktibar" - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah (PCS) berharap kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijadikan iktibar kepada calon-calon parti tersebut untuk berdepan dengan pilihan raya akan datang.
Presidennnya, Datuk Seri Anifah Aman berkata, walaupun kemenangan tidak menyebelahi PCS, namun pihaknya tetap berbangga dengan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh rakyat Sabah
3) COVID-19: "Kami terpaksa tunggu tiga jam di KLIA" - Luahan penumpang dari Sabah
Sejumlah besar pengembara dari Sabah yang tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini terpaksa menunggu lebih tiga jam bagi menjalani saringan COVID-19.
Mereka yang kebanyakannya pulang untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam kini diwajibkan menjalani saringan tersebut selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan arahan itu pada Sabtu.
4) TYT Sabah dijangka umum Ketua Menteri Sabah esok - Ahmad Maslan
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dijangka akan mengumumkan nama Ketua Menteri Sabah yang baharu esok, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Dalam ciapannya, Ahli Parlimen Pontian itu berkata, perjumpaan antara pemimpin-pemimpin kanan Gabungan Rakyat Sabah dengan Juhar sudah selesai kira-kira 3.30 petang tadi.
5) PKPD di Penjara Tawau, Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau dilanjutkan
Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan selama 14 hari itu bermula pada Sabtu, 26 September hingga 9 Oktober depan.
6) Kakitangan positif COVID-19, NU Sentral laksana proses disinfeksi
Pengurusan pusat beli belah NU Sentral di sini, mengesahkan seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19 pada Sabtu.
Berikutan itu, proses disinfeksi segera dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP), kata pengurusan kompleks itu dalam satu kenyataan, pada Ahad.
7) CUEPACS gesa KKM lantik petugas barisan hadapan secara tetap
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya melantik petugas barisan hadapan perubatan secara tetap.
Presidennya Adnan Mat berkata, beliau menerima maklum balas daripada petugas-petugas itu yang menyatakan mereka menjalankan tugas sebagai lantikan kontrak, malah ada yang menerima lantikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
8) Langkawi jadi transit, Maritim Malaysia rampas syabu RM11.3 juta
Cubaan dua lelaki menyeludup syabu seberat 56.5 kilogram (kg) bernilai RM11.3 juta dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam Operasi 'Eagle Eye' di Tanjung Kemarong, Langkawi.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah, berkata dadah berkenaan cuba diseludup dari Thailand bagi pasaran gelap antarabangsa dengan menjadikan pulau peranginan itu sebagai transit.
9) Anggota PGA nyaris maut diseret kenderaan penyeludup
Seorang anggota Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Kuantan, Pahang, nyaris maut, selepas diheret sejauh hampir 100 meter oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disyaki dipandu penyeludup minyak masak dan tepung gandum, ke negara jiran.
Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata, kejadian kira-kira pukul 4 pagi di Lubuk Setol dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, dekat sini, Jumaat lepas itu berlaku sewaktu anggota berusia 30 tahun itu bersama rakan setugas sedang menjalankan rondaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.
10) Lima perkara penting dalam kenyataan media KKM hari ini
Sebanyak 150 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes positif 10,919 setakat ini, manakala kes aktif pula sebanyak 950.
Daripada 150 kes baharu yang dilaporkan itu, 146 adalah kes penularan tempatan manakala bakinya empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Khairunnisa Kasnoon
Sun Sep 27 2020
Berita dalam negara yang menjadi pilihan sepanjang hari ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.