MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 20 Oktober 2020.
Dalam tempoh 24 jam lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 862 kes baharu positif COVID-19.
Sehubungan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,681 kes.
Menurut Kementerian Kesihatan, peningkatan itu dicatat setelah kemasukan dan kepulangan pengunjung dari Sabah.
Pekerja sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pengawasan di kawasan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diarahkan bekerja dari rumah dan tidak perlu hadir ke pejabat.
Permohonan daripada individu yang mendakwa "weekend husband" (suami hujung minggu) untuk perjalanan rentas negeri ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah antara yang ditolak oleh polis di sini sejak kawasan terbabit dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Okt lepas.
Pendakwah yang terkenal kerana sikapnya gemar membantu orang ramai, Ebit Lew tidak ketinggalan berasa terkesan dengan kesulitan golongan yang keputusan bekalan air.
Timbulnya persoalan, adakah penggunaan dron sahaja cukup memadai untuk mencegah pencemaran air daripada berulang lagi?
Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi yang dijadualkan pada 5 Disember depan.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, rakyat sudah mula bosan dan meluat dengan tindak-tanduk ahli politik yang dilihat sentiasa bercakaran dan bertelingkah dalam merebut kuasa pemerintahan negara.
Seorang lelaki yang bertindak memukul anggota bomba yang memadamkan kebakaran keretanya, Khamis lalu, dipenjara enam bulan dan didenda RM6,000 di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, hari ini.
FGV Holdings menegaskan, tiada masalah untuk menamatkan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) bersama Felda.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami