MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 24 Oktober 2020.
Menurut sumber, pertemuan khas itu dijadualkan akan bermula pada jam 2.30 petang dan hanya akan melibatkan Raja-Raja Melayu dan tidak akan melibatkan Yang di-Pertua Negeri atau mana-mana ahli politik.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima sembah taklimat Perdana Menteri berhubung cadangan-cadangan yang telah dicapai Mesyuarat Khas Jemaah Menteri semalam.
Langkah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu sebelum membuat sebarang keputusan penting menggambarkan ketelitian Seri Paduka.
Pengisytiharan darurat tidak akan menghentikan penularan pandemik COVID-19, lebih daripada langkah-langkah yang telah pun diambil Kerajaan ketika ini, tegas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sabah mencatatkan kes jangkitan paling tinggi iaitu 889 kes dan diikuti Negeri Sembilan (96 kes) Selangor dan Kedah masing-masing 76 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjangkakan kes positif COVID-19 di negara ini bakal mencecah sehingga 1,300 kes setiap hari menjelang hujung Oktober depan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau sama ada perlu diteruskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah yang dijadualkan tamat Isnin ini, dilanjutkan sehingga 9 November depan.
Semua sekolah dan institusi pendidikan guru di Seremban yang kini menjadi zon merah COVID-19 ditutup bermula 25 Oktober sehingga 9 November depan.
Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan bersama hari ini, keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis serta petugas penjara dan imigresen.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami