ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 25 Oktober 2020.

1. AJK Bersatu Tuaran meninggal dunia akibat COVID-19

Seorang ahli jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tuaran disahkan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 pada Jumaat.

2. Setiap manusia pernah terkhilaf - Dr Zulkifli

Walaupun pernah dikecam dan dipersendakan kerana positif COVID-19 pada awal Oktober lalu, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengambil pendekatan memaafkan semua pihak.

3. Titah Agong tuntut kerjasama ahli politik kerajaan dan pembangkang – penganalisis

Semua ahli politik kerajaaan dan pembangkang perlu terbuka dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sama-sama mengatasi masalah yang membelenggu negara ketika ini.

4. Amanah yakin keputusan YDP Agong tolak darurat penuh hemah dan bijaksana

Parti Amanah Negara (Amanah) menjunjung kasih keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja yang menolak permohonan untuk Pengisytiharan Darurat.

5. 823 kes baharu COVID-19 direkodkan, 8 kematian - KP Kesihatan

Sebanyak 823 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini dengan hampir 65 peratus daripadanya membabitkan jangkitan di Sabah.

6. COVID-19: Sembilan lagi kluster baharu dikesan, empat di Sabah

Sembilan lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikannya jumlah tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.

7. Tiada keperluan isytihar darurat - Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia buat masa ini.

8. Pertemuan YDP Agong dan Raja-Raja Melayu selesai

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai sepenuhya selepas Al-Sultan Abdullah berangkat meninggalkan Istana Negara pada jam 6.06 petang pada Ahad.

8. Raja-Raja Melayu main peranan semak, imbang pentadbiran negara – TMJ

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berdoa semoga Allah memberkati kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan serta melindungi negara daripada ancaman individu yang tamak dan gila kuasa demi kepentingan peribadi.

9. PKPB: Kekerapan tren, bas di Lembah Klang dikurangkan - Prasarana

Kekerapan perkhidmatan tren LRT, MRT dan monorel akan dikurangkan mulai esok sehingga arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan ke atas Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berakhir.

10. COVID-19: Sekolah Agama Taman Cempaka, Sekolah Agama Kempas ditutup seminggu

Sekolah Agama Taman Cempaka dan Sekolah Agama Kempas di bandar raya ini diarah tutup selama seminggu mulai hari ini sehingga 31 Oktober susulan kes terbaharu COVID-19 di kawasan berkenaan.