ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 6 November 2020.
1) COVID-19: 1,755 kes baharu, 2 kematian dilaporkan hari ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan angka baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam ialah sebanyak 1,755 kes.
Ia merupakan jumlah jangkitan harian tertinggi setakat ini sejak pandemik itu melanda negara dengan jumlah kumulatif terikini ialah 38,189 kes.
2) Belanjawan 2021: RM3 bilion untuk vaksin COVID-19 diperuntukkan
Kerajaan komited untuk mendapatkan sumber vaksin COVID-19 melalui penyertaan dalam program COVID-19 Vaccine Global Access atau COVAX.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, komitmen itu akan melibatkan kos melebihi RM 3 bilion bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.
3) Belanjawan 2021: "Kenapa JASA dapat RM81 juta?" - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengkritik peruntukan RM81 juta oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mempersoalkan kenapa jabatan berkenaan memperoleh peruntukan yang sangat besar berbanding keperluan-keperluan lain.
4) Belanjawan 2021: Pengeluaran lesen import rokok baharu dibekukan mulai 1 Januari
Kerajaan akan membekukan pengeluaran lesen import rokok baharu mulai 1 Januari 2021 sebagai antara strategi menambah baik kutipan hasil bagi membasmi aktiviti penyeludupan, terutama barangan berduti tinggi.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pada tarikh sama, kerajaan akan turut memperketat pembaharuan lesen import rokok menerusi semakan semula syarat lesen termasuk mengenakan kuota import dan mengehadkan aktiviti transit dagangan rokok di pelabuhan tertentu.
5) Belanjawan 2021 berkonsep Prihatin Rakyat - Perdana Menteri
Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Parlimen hari ini merupakan terjemahan konsep Prihatin Rakyat yang didokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan tekad memastikan kebajikan rakyat tidak diabaikan sama sekali selain meneruskan momentum yang dicapai selepas pelaksanaan pakej ransangan sebelum ini.
6) PRK Batu Sapi: Warisan sahkan akan bertanding, sudah kenal pasti calon
Parti Warisan Sabah (Warisan) mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dengan calonnya sudah dikenal pasti.
Menurut Naib Presidennya, Datuk Jaujan Sambakong, perkara itu akan diumumkan presiden parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum hari penamaan calon yang dijadualkan pada 23 November ini.
7) COVID-19: Peningkatan angka kes di Sabah menggerunkan - Masidi
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menyifatkan bilangan kes positif COVID-19 yang dicatatkan di negeri itu pada Jumaat sebagai menggerunkan.
Namun beliau berkata ia perlu dilihat dari sudut positif serta fakta kes.
8) Speaker akur benarkan semua Ahli Parlimen masuk dengar Belanjawan 2021
Pembentangan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 yang sepatutnya bermula 4 petang di Dewan Rakyat terhenti selama 15 minit apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) bangkit memohon agar dibenarkan kesemua Ahli-ahli Parlimen masuk ke dalam dewan.
Permohonan tersebut adalah susulan keputusan yang dibuat Speaker Datuk Azhar Azizan Harun semalam yang mengatakan jumlah Ahli-ahli Parlimen yang dibenarkan dalam Dewan Rakyat adalah 80 orang pada satu-satu masa.
9) Belanjawan 2021: Penjawat awam terima bantuan khas RM600, pesara RM300
Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah pada awal 2021.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan itu sebagai menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah.
10) SOP baharu PKPP, PKPB dijangka diumum Sabtu ini - Ismail Sabri
Kerajaan dijangka mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang baharu, pada Sabtu ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membentangkan perkara itu dalam mesyuarat hari ini, namun ia belum dimuktamadkan lagi.
Astro Awani
Fri Nov 06 2020

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.

Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.