MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 22 November 2020.
Malaysia mencatatkan sebanyak 1,096 kes baharu pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 adalah sebanyak 54,775 kes.
Menerusi laman Instagram rasminya, Alif menyatakan sepanjang menjalani penggambaran, beliau telah beberapa kali melakukan ujian saringan virus berkenaan.
Seramai 33 individu yang cuba merentas negeri atau daerah tanpa kebenaran adalah antara 381 individu yang ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Sabtu.
Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura, dijangka mengurangkan kesesakan lalu lintas sehingga 20 peratus berbanding sekarang.
Seramai 482 mangsa banjir melibatkan 142 buah keluarga terpaksa dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di Melaka.
Pengasas aplikasi MyCar, Mohd Noah Maideen berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat aplikasi kerana didakwa mencuri data, pelanggan dan perniagaan, MyCar.
Dua juruterbang pesawat ringan jenis Beechcraft Bonanza B5045B terselamat ketika melakukan pendaratan cemas di kilometer 47.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Sedenak, di sini pagi tadi.
Bermula Januari depan, individu yang mendapat penempatan pekerjaan melebihi 100 kilometer (km) dari tempat bermastautin bakal menerima bantuan secara one-off sebanyak RM1,000 menerusi program Mobility Assistance (Bantuan Mobiliti).
Seorang pesawah maut akibat disambar petir ketika sedang menjala ikan di kawasan sawah di Kampung Gulau, Alor Setar, hari ini.
Empat buah pondok yang dijadikan sebagai tempat pengajian di Kampung Kepala Bukit, Kampung Tualang, Pokok Sena musnah dalam satu kejadian kebakaran hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami