awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawah maut disambar petir ketika menjala ikan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/11/2020
13:39 MYT
Pesawah maut disambar petir ketika menjala ikan
Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto ihsan bomba
ALOR SETAR:Seorang pesawah maut akibat disambar petir ketika sedang menjala ikan di kawasan sawah di Kampung Gulau, Alor Setar, hari ini.
Dalam kejadian jam 4.17 petang tadi, mangsa, Mohamad Tajudin Yob, 49, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, ketika kejadian hujan turun dengan lebat dan mangsa dikatakan sedang menjala ikan di kawasan sawah itu berseorangan.
Kejadian disedari orang kampung yang ketika itu melalui kawasan kejadian.
Mereka terdengar dentuman kuat dan tiba-tiba mangsa rebah di dalam petak sawah terbabit.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#panah petir
#Alor Setar
#Mohamad Tajudin Yob
#Kampung Gulau
#maut dipanah petir
#Polis Daerah Kota Setar
#Hospital Sultanah Bahiyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan