ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 5 Disember 2020.

1) 'Saya telah cuba melakukan yang terbaik' - Faizal Azumu umum letak jawatan

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perak menerusi satu sidang media hari ini.

Beliau berkata ia selepas beliau telah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk menyembahkan warkah peletakan jawatan tersebut.

2) Rentas negeri, daerah dibenarkan kecuali di kawasan PKPD

Rentas negeri dan daerah dibenarkan seluruh negara kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 Disember.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas pada Jumaat bersetuju sekatan rentas daerah dan negeri di seluruh negara adalah dibenarkan kecuali bagi kawasan PKPD.

3) Pas enggan campur urusan UMNO Perak jika mahu gabung dengan DAP, Amanah

Pas tidak mahu masuk campur dalam urusan UMNO Perak termasuk jika parti itu mahu bergabung dengan DAP atau Parti Amanah Negara (Amanah) untuk membentuk kerajaan negeri.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata itu adalah hak UMNO Perak

4) PH Johor ambil sikap tunggu dan lihat perkembangan sidang DUN

Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis Pengerusi PH Johor.

Ia susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian berhubung kemungkinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Johor membalas dendam terhadap Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad daripada UMNO.

5) PKPB di beberapa negeri ditamatkan untuk elak impak ekonomi - Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu dilakukan setelah mempertimbangkan impak semasa dan jangkaan kesan terhadap pemulihan ekonomi yang terpaksa dihadapi sekiranya PKPB terus dilaksanakan.

6) Arahan bekerja dari rumah diteliti semula

Kerajaan akan meneliti semula arahan bekerja dari rumah yang diumumkan sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 22 Oktober lalu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan kebanyakan negeri mula menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

7) Status quo di Perak masih boleh dikekalkan

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, perkara itu dilihat selepas wujud kelembutan daripada pendirian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mahu kerajaan negeri perlu ditubuh daripada Perikatan Nasional (PN).

8) COVID-19: 1,123 kes baharu, 4 lagi kematian - Dr Noor Hisham

Sebanyak 1,123 kes harian baharu direkodkan pada Sabtu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 71,359 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

9) Makan gaji buta: Dakwaan berat buat para guru

Dakwaan yang dilemparkan segelintir individu di media sosial yang menuduh guru hanya makan gaji buta sepanjang tempoh penutupan sekolah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sememangnya amat berat untuk ditelan.

10) Pengeluaran i-Sinar tidak bersyarat, hanya kriteria - KWSP

Pengeluaran i-Sinar tidak bersyarat dan apa yang dicirikan adalah hanya kriteria untuk memastikan permohonan selari dengan data sedia ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).