ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 11 Disember 2020.
1) COVID-19: Jumlah kes positif kini melepasi angka 80,000
Sebanyak 1,810 kes baharu dilaporkan di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 80,309 kes.
2) COVID-19: Malaysia catat 1,810 kes positif, 6 kematian
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 11 kes import yang menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.
3) Pastikan semua dapat akses sama rata vaksin COVID-19 - Suhakam
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Dr Madeline Berma berkata, jika tidak 'diselenggara' dengan baik, kemungkinan besar akan wujud satu lagi kesenjangan seperti jurang digital sebelum ini.
4) Kes rasuah Rosmah Mansor: Pendakwaan tutup kes, hujahan 10 Feb
Selepas 23 saksi dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan hari ini menutup kes Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi tuduhan rasuah berhubung projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak.
5) Dr Zulkifli beri jaminan akan segera tunai syor Laporan Ketua Audit Negara
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi jaminan akan melaksanakan semua syor berkaitan zakat yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 dengan secepat mungkin.
6) Pas Perak mohon ampun khilaf tidak menghadap Sultan Nazrin Shah
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria bersama dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas memohon ampun kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ekoran kekhilafan mereka tidak menghadap baginda pada Selasa lalu.
7) Menggeletar jumpa mayat bayi dalam kain telekung
Seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menemui mayat bayi lelaki tanpa pakaian digumpal dengan kain telekung dalam sebuah beg plastik di kebun kelapa sawit di Kampung Tali Air 11 Pasir Panjang, Sekinchan di sini hari ini.
8) PKPP: Rakyat masih kurang disiplin, kaji semula kebenaran anjur majlis keraian
Kerajaan diminta untuk melihat kembali kebenaran melaksanakan majlis dalam kapasiti besar seperti majlis keraian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
9) Didakwa cabul pelakon wanita, YouTuber direman dua hari
Seorang YouTuber direman dua hari bermula hari ini atas dakwaan mencabul seorang wanita berusia 24 tahun.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Kamarul Hasyime Rosli pagi tadi.
10) 'Hari ni Selangor berapa ramai?' - Tengku Permaisuri ungkap keprihatinan Sultan terhadap rakyat
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, ingatan Sultan Sharafuddin terhadap mereka yang dijangkiti pandemik itu selalu menjadi keutamaan sejak ia mula merebak di negara ini.
Astro Awani
Fri Dec 11 2020
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Januari 2025.