ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 25 Disember 2020.
1) Tiga pekerja pembersihan loji kumbahan maut dipercayai terhidu gas
Tiga pekerja pembersihan maut selepas dipercayai terhidu gas dari loji kumbahan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, pada petang Jumaat.
2) Kerajaan diminta lanjutkan tempoh saringan pekerja asing - MEF
Kerajaan dimohon melanjutkan tempoh yang diberikan kepada majikan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas pekerja asing mereka.
3) PKP: 246 individu ditahan, termasuk 91 terlibat aktiviti pusat hiburan - Ismail Sabri
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 246 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, semalam.
4) COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 461 kes (37.0 peratus).
5) COVID-19: Kes kekal empat angka, Selangor tertinggi 10 hari berturut-turut
Malaysia terus mencatatkan kes harian baharu empat angka COVID-19 iaitu 1,247 kes pada Jumaat, dengan negeri Selangor kekal tertinggi untuk hari ke-10 berturut-turut.
6) PKPD di Asrama Pekerja Westlite, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri hari ini
Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ke-199 menyaksikan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP Diperketat (PKPD) di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru.
7) Ebit Lew bergegas ke Pulau Pinang, bantu keluarga yang tinggal dalam kereta
Ebit tampil menghulurkan bantuan kepada pasangan suami isteri, S Ganesh, 34, dan Parameswari, 32, yang terpaksa bermalam di dalam kenderaan sejak lapan bulan lalu selepas rumah mereka musnah dijilat api.
8) Varian baharu COVID-19: Kerajaan terus waspada walaupun belum dikesan
Kerajaan akan sentiasa berwaspada dengan mutasi baharu COVID-19 yang dikenali sebagai VUI-202012/01 meskipun ia masih belum dikesan di negara ini.
9) Trafik sesak di beberapa laluan Lebuhraya PLUS
Keadaan trafik di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dilaporkan sesak di beberapa laluan membabitkan arah Selatan dan Utara sejak jam 9 pagi tadi.
10) Empat suspek ditembak mati merupakan geng samun bertopeng
Empat penjenayah yang ditembak mati di jalan di Sungai Buloh pada Jumaat merupakan geng samun bertopeng yang dikehendaki polis sebelum ini.
Madiha Abdullah
Fri Dec 25 2020
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.