KUALA LUMPUR:Malaysia terus mencatatkan kes harian baharu empat angka COVID-19 iaitu 1,247 kes pada Jumaat, dengan negeri Selangor kekal tertinggi untuk hari ke-10 berturut-turut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu sekali gus menjadikan kes keseluruhan jangkitan virus itu sebanyak 101,565 kes.
Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah sebanyak 18,576 kes.
"Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,245 kes.
"Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 461 kes (37.0 peratus). Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 225 kes (18.0 peratus) dan Johor sebanyak 205 kes (16.4 peratus)," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan tiga kes kematian COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 449 kes (0.44 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Sementara itu, beliau menambah, Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan empat kluster baharu membabitkan jangkitan virus berkenaan.
"Empat klustert tersebut adalah Kluster Cassia Diamond; Kluster Pompod; Kluster Tapak Bina Kiara dan Kluster Tapak Bina Perkasa.
"Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 268 kluster termasuk enam kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tanamera, Kluster Jalan Kalabakan, Kluster Seri Terapi, Kluster Seri Pasir, Kluster Astaka dan Kluster Tembaga," jelasnya.
Fauzi Suhaimi
Fri Dec 25 2020

Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan empat kluster baharu membabitkan jangkitan virus berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA

Fahmi adakan menyuarat dua hala di Da Nang
Fahmi mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Vietnam dan Kemboja, di luar Persidangan Menteri-menteri ASEAN Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) ke-16, di sini hari ini.
Pejabat Presiden Indonesia di Nusantara siap 38 peratus
Presiden Indonesia, Joko Widodo memaklumkan pembinaan pejabat presiden di ibu negara baharunya, Nusantara di Pulau Borneo siap 38 peratus.

Selangor juara bina rumah mampu milik - Amirudin
Selangor berjaya membina 40,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun sejak 2018, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Queenstown isytihar darurat tujuh hari
Langkah itu perlu bagi membolehkan perkhidmatan kecemasan membantu mereka yang terjejas.

Agong berkenan serah kunci Ru'RASA, zahir penghargaan kepada UAE
Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan menyerahkan kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA), yang dibina dengan kerjasama kerajaan UAE kepada lapan penerima di daerah ini.

MCMC gesa pelaporan berita yang bertanggungjawab dan elak kandungan manipulatif
MCMC mendapati, beberapa pelaporan telah dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif yang mengelirukan.

Ringgit ditutup tinggi jejaki pasaran ekuiti positif
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan sederhana, menjejaki sentimen positif di pasaran ekuiti walaupun unit negara maju mengukuh.
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen, selindung di sebalik madrasah
Jabatan Imigresen membongkar perbuatan sepasang suami isteri etnik Rohingya yang menjalankan kegiatan memalsukan dokumen untuk pelarian dengan berselindung di sebalik operasi madrasah mengajar al-Quran di Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat.
Air naik mendadak, mangsa tidak sempat selamatkan barangan
Mangsa banjir di daerah Baling menyifatkan paras air naik terlalu mendadak sehingga mereka tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang di dalam rumah.
Hampir 2 bilion panggilan, 581 juta SMS mencurigakan berjaya disekat
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan, hampir dua bilion panggilan dan 581 juta perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia dengan bantuan penyedia perkhidmatan syarikat telekomunikasi (telco) bagi menangani isu penipuan dalam talian.

Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.

Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.

Saya mahu rehat dahulu - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, menyatakan beliau mahu berehat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM rakam penghargaan 35 tahun khidmat, sumbangan Dr Noor Hisham
Dr Zaliha berkata dalam tempoh itu, Dr Noor Hisham mencatatkan banyak penglibatan dan pencapaian di dalam negara mahupun di peringkat global.

Dr Noor Hisham pengerusi mesyuarat jawatankuasa tertinggi dalam WHO
"Ini pengalaman seumur hidup mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tertinggi dalam WHO," kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

'Wira Perang' COVID-19, Noor Hisham bersara selepas 35 tahun berkhidmat!
Bapa kepada enam anak berusia 60 tahun itu memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013.

KKM lulus produk Koselugo dengan status "Orphan Medicine"
Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju memberikan kelulusan kepada produk yang telah diberikan status "Orphan Medicine" iaitu Koselugo Hard Capsules 10 miligram (mg) dan 25 mg.

COVID-19: KKM kesan pertambahan kes, kluster selepas pembukaan sekolah
KKM mengesan peningkatan kes COVID-19 serta bilangan kluster dari 26 Mac hingga 1 April lalu, susulan pembukaan semula sekolah di seluruh negara.

Peningkatan kluster COVID-19: KKM saran lakukan saringan kepada pelajar, guru
KKM menyarankan untuk melakukan saringan kepada pelajar, guru dan kakitangan susulan 11 daripada 18 kluster COVID-19 yang dilaporkan dari 26 Mac hingga 1 April, adalah kluster pendidikan.

Kes demam denggi catat peningkatan, satu kematian minggu lepas - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-12 2023 iaitu dari 19 Mac hingga 25 Mac, meningkat 14.8 peratus kepada 2,469 kes berbanding 2,151 kes pada minggu sebelumnya.