ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 28 Disember 2020.

1) COVID-19: 1,594 jangkitan baharu, kes kumulatif melebihi 106,000 

Sebanyak 1,594 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, dengan tiga daripadanya adalah kes import, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

2) COVID-19: Kerajaan nafi kos vaksin lebih tinggi daripada Belgium 

Kerajaan hari ini menafikan bahawa kos vaksin COVID-19 untuk seorang rakyat Malaysia lebih mahal daripada yang ditampung Belgium. 

3) 'Tanpa PKPB, 4 juta rakyat akan dijangkiti COVID-19' - Dr Noor Hisham 

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjaya mengekang penularan COVID-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

4) PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan 

Sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pelanjutan dan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah dan negeri terlibat. 

5) Perhimpunan sambutan tahun baharu tidak dibenarkan - Ismail Sabri 

Sambutan tahun baharu secara besar-besaran masih lagi tidak dibenarkan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

6) Sektor awam terus diperkasa biarpun berdepan cabaran COVID-19 - PM

Cabaran menghapuskan wabak COVID-19 tidak menghalang usaha memperkasa sektor awam yang merupakan antara agenda utama kerajaan, kata perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

7) Kedah belum bersedia buka sempadan terima pelancong - Sanusi

Kerajaan negeri Kedah belum bersedia untuk mencadangkan supaya pintu sempadan Malaysia-Thailand di negeri itu dibuka bagi tujuan pelancongan.

8) Jakim akan keluarkan senarai pengimport daging berlesen

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeluarkan senarai pengimport daging yang diberikan lesen untuk memasarkan daging di negara ini, bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai berhubung isu halal. 

9) Kali terakhir status halal kilang bekal daging ayam China diperiksa 2016 - Asyraf Wajdi 

Dua buah kilang China yang membekalkan daging ayam ke negara ini dipercayai kali terakhir diperiksa status halalnya pada Januari 2016, dakwa Pemuda UMNO Malaysia hari ini. 

10) Team Secret layak ke final kejohanan PUBG Mobile Global

Pasukan Team Secret dari Malaysia layak ke pertandingan akhir Kejohanan Player Unknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile Global yang akan diadakan dari 21 hingga 24 Jan ini di Dubai, Emeriah Arab Saudi (UAE).