ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 4 Januari 2021.

1) COVID-19: 1,741 kes baharu, tujuh kematian

Malaysia telah merekodkan 1,741 kes baharu bagi penularan COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 120,818 kes.

2) Jeffrey Kitingan disahkan positif COVID-19

Menurut Setiausaha Politiknya, Arlinsia Agang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan itu sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

3) PKPD di Pusat Koreksional Jasin, kuarters kakitangan ditamatkan - Ismail Sabri

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Koreksional Jasin dan kuarters kakitangannya yang bermula 22 Disember lepas ditamatkan hari ini.

4) Langgar lubang jalan dan hilang kawalan, penghantar makanan maut

Seorang pekerja penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas setelah melanggar lubang di Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara berhampiran pusat beli belah The Curve di sini, pada Isnin.

5) Dihanyut arus bersama kereta, mayat Md Rajihan ditemui

Lelaki itu dilaporkan hilang pada Sabtu, kira-kira jam 9.30 malam, di Batu 18, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang dekat Kluang, Johor.

6) Mangsa banjir berlindung atas alang bumbung selama 10 jam

Berada di alang kayu bumbung rumah hampir 10 jam bagi menyelamatkan diri selepas rumah dinaiki air pastinya pengalaman seumur hidup yang tidak akan dilupakan Nur Aleeya Maisarah Mansor, 18, ketika berdepan banjir besar semalam.

7) Wanita sarat mengandung di PPS, berpantang pun sekali lagi di PPS

Tidak sampai dua bulan, seorang wanita yang baru sahaja bersalin 40 hari lepas, sekali lagi terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), ekoran rumahnya di Kampung Batu 8, Changkat Jong, di sini dinaiki air, malam tadi.

8) 'Kalau nak pecat, silakan' - Annuar Musa

"Kalau nak pecat (saya), silakan. Nak pertahan mereka yang nak bawa parti sokong DAP dan Anwar, silakan."

Demikian perkongsian Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook beliau pada Ahad.

9) Tengku Razaleigh tidak berniat jadi Perdana Menteri

Namun, beliau yang juga merangkap Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu berkata, sekiranya diberi peluang untuk memegang mandat jawatan tertinggi negara tersebut, perkara utama yang akan diberi tumpuan adalah untuk mengukuhkan nilai ringgit.

10) Laksana PRU demi pulihkan ekonomi? Majoriti netizen tolak cadangan Zahid

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak wajar disegerakan atas alasan untuk memulihkan ekonomi negara.

Itu pandangan majoriti yang dikongsikan oleh 74,699 responden menerusi tinjauan pendapat di tiga laman sosial Astro AWANI meliputi Twitter, Telegram dan YouTube.