ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 30 Januari 2021.
1) COVID-19: 5,728 kes baharu, Selangor tertinggi dengan 3,285 kes
Sebanyak 5,728 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan ia jumlah kes baharu tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.
Selangor masih mencatat angka tertinggi dengan 3,285 kes, sementara 13 lagi kes kematian telah direkodkan.
2) Lebih 200,000 pekerja asing sudah disaring sejak Disember - Ismail Sabri
Seramai 8,601 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 semalam, dengan 133 disahkan positif.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, sejak 1 Disember 2020, lebih 200,000 pekerja asing sudah disaring.
3) Kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera, mungkin sudah lama meninggal dunia - Jiran
Jiran berhampiran rumah kanak-kanak berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh ibu kandung dan ayah tirinya mendakwa, dia kerap mendengar tangisan kanak-kanak dari rumah keluarga berkenaan.
Ketika tinjauan Astro AWANI di Taman Krubong Jaya, di sini, seorang suri rumah berusia 43 tahun yang enggan namanya didedahkan berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anak kedua dari empat beradik itu maut didera.
4) Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat mulakan lawatan ke negeri
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat yang ditubuhkan pada 16 Jan lepas memulakan lawatan ke negeri-negeri hari ini dengan Kelantan menjadi lokasi pertama.
Pengerusi bersama jawatankuasa itu Datuk Takiyuddin Hassan berkata hari ini mereka meninjau sempadan Malaysia-Thailand di sini bagi melihat keperluan serta langkah yang perlu dilaksanakan dalam mengekang penularan COVID-19 dari luar negara.
5) COVID-19: SMK Bukit Besar diarah tutup, tangguh pembelajaran bersemuka calon SPM
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar di sini ditutup selama 14 hari berikutan seorang guru dan seorang pelajar telah disahkan positif COVID-19.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata penutupan yang bermula Khamis lepas sehingga 10 Feb itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan bagi mencegah penularan wabak pandemik COVID-19 di sekolah itu.
6) Pejabat Parlimen Port Dickson tawar khidmat ujian saringan RM30
Pejabat Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan menawarkan khidmat ujian saringan COVID-19 dengan kadar yang rendah buat penduduk di daerah itu.
Ujian saringan yang ditawarkan adalah ujian RTK-Antigen COVID-19.
7) Sudah tiba masanya nilai kompaun dinaikkan - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpendapat sudah tiba masanya nilai kompaun kerana ingkar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dinaikkan susulan peningkatan ketara kes COVID-19 di negara ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata setiap minggu ribuan saman dikeluarkan pihaknya kepada individu yang ingkar dan melanggar SOP PKP, yang kebanyakannya melibatkan kesalahan tiada penjarakan fizikal.
8) Penduduk Johor bimbang PKP 2.0 gagal, penguatkuasaan tidak ketat
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dikhuatiri akan gagal ekoran angka yang direkodkan kian meningkat di beberapa negeri termasuk di Johor.
Orang ramai yang ditemu bual Astro AWANI di sini hari ini turut menyatakan kebimbangan dengan trend peningkatan kes di negeri itu.
9) Lelaki ditemui meninggal dunia di hadapan komputer riba di rumah
Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di atas lantai dalam keadaan menghadap komputer riba di rumahnya di Taman Jambu Mawar, Bukit Mertajam, Jumaat malam.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, jiran mangsa membuat panggilan kecemasan kepada pihak bomba selepas mangsa gagal dihubungi dan pintu rumahnya pula berkunci.
10) 62 sukarelawan jadi individu terawal terima suntikan vaksin kajian klinikal COVID-19
62 sukarelawan menjadi individu dan kumpulan terawal di Malaysia yang menerima suntikan vaksin bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Kedah pada Sabtu.
Jumlah berkenaan merupakan sebahagian daripada 375 individu yang disasarkan menjadi sukarelawan bagi proses penerimaan suntikan kajian klinikal vaksin COVID-19 di hospital berkenaan.
Astro Awani
Sat Jan 30 2021
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.