ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Mac 2021.
1. Kerajaan komited tangani isu perkahwinan bawah umur - Rina Harun
Sejumlah 1,856 kanak-kanak direkodkan berkahwin pada tahun 2018 di Malaysia dengan 90 peratus daripada mereka melibatkan kanak-kanak perempuan.
2. Tiada potong barisan, PPV tersilap senarai nama penerima vaksin - Khairy
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mengakui berlaku kesilapan dalam senarai penerima vaksin bagi fasa satu.
3. Kerajaan bincang dengan DBKL urus vaksinasi COVID-19 buat gelandangan - Khairy
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memastikan golongan gelandangan tidak tercicir dalam Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
4. Sijil pengecualian kepada individu yang tidak boleh diberikan vaksin - Khairy
Kerajaan akan mempertimbangkan sijil pengecualian kepada mana-mana individu yang tidak boleh menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi menggantikan pasport vaksin.
5. COVID-19: 1,280 kes baharu, 9 lagi kematian - Dr Noor Hisham
Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan iaitu kepada 1,280 kes pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 316,269 kes.
6. Kerajaan benarkan pelancongan negeri PKPP ke PKPP - Ismail
Kerajaan membenarkan pergerakan pelancongan dari negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke PKPP lain berkuat kuasa esok, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
7. Perdana Menteri dijangka mohon tambah kuota haji dan kebenaran umrah
Permohonan menambah kuota haji dijangka menjadi perkara utama dibentangkan oleh perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu sesi menghadap Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman pada Selasa.
8. Zulkifli nasihat Sajat serah diri
Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamarzzaman atau dikenali ramai dengan nama Nur Sajat dinasihatkan supaya menyerah diri kepada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya bulan lepas.
9. Tokan dadah diberkas selepas dikejar 20 kilometer dari sekatan jalan raya
Polis berjaya memberkas seorang lelaki selepas dia melarikan diri daripada pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) di Tol Slim River, di sini, malam tadi.
10. Anak lebam-lebam, polis tahan ibu kandung dipercayai dera bayi 7 bulan
Polis Pulau Pinang menahan seorang wanita selepas dia dipercayai mendera dan memukul anak kandungnya berusia tujuh bulan dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini.