ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Mac 2021.

1. Pendakwaan tutup kes Zahid Hamidi selepas panggil 99 saksi

Pihak pendakwaan menutup kes bekas timbalan perdana menteri yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Korea Utara sah putuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia

Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas seorang rakyatnya yang menetap di sini bakal diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

3. Ramai jadikan mahkamah gelanggang 'tegakkan benang basah' - Sultan Nazrin

Sultan Perak bertitah, pada masa kini ramai pihak yang menjadikan mahkamah sebagai gelanggang menegakkan benang basah, selain menggunakan pelbagai hujah menafikan perbuatan jenayah.

4. Kekecohan Konvensyen DAP Perak: Polis buka kertas siasatan

Polis Diraja Malaysia membuka kertas siasatan berhubungan kekecohan yang berlaku ketika Konvensyen DAP ke-19 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh, Ahad lalu.

5. Ibu dan anak didakwa eksploitasi, dera amah

Wanita dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan melakukan kekerasan terhadap pembantu rumah wanita warga Kemboja, Februari lalu.

6. Noor Nabila bergelar isteri Engku Emran

Bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor selamat menikahi Engku Emran Engku Zainal Abidin pada pagi Jumaat.

7. COVID-19: 1,576 kes baharu, sifar kes di Perlis

Sebanyak 1,576 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 330,042 kes.

8. Najib akur kompaun ingkar SOP, tegas tidak mahu keistimewaan 'double standard'

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengakui kealpaan beliau dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berkunjung ke sebuah kedai nasi ayam terkenal di ibu kota.

9. Pas enggan lagi kerjasama dengan PKR, lebih selesa dengan UMNO dan Bersatu - Abdul Hadi Awang

Tiada lagi ruang untuk Pas bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), tegas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

10. All-England: Zii Jia benam nombor satu dunia Momota, layakkan diri ke separuh akhir

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menundukkan pemain nombor satu dunia, Kento Momota dari Jepun dan sekali gus melayakkan diri untuk mara ke pusingan separuh akhir All-England.