ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Mac 2021.

1. Boleh balik raya jika kepatuhan SOP tinggi! Ini 6 indikator penilaian risiko KKM

Kerinduan untuk pulang ke kampung meraikan hari raya Aidilfitri mungkin terubat jika orang ramai menunjukkan kepatuhan tinggi kepada prosedur operasi standard (SOP) secara berterusan.

2. Rentas negeri untuk berbulan madu? Pasangan suami isteri dipanggil beri keterangan

Sepasang suami isteri telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan salah guna kebenaran rentas negeri yang tular di media sosial.

3. 'Malaysia akan terima akibat' - Konsulat Korea Utara

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada tindakan Malaysia yang mengekstradisi rakyat negara itu, yang dikenali sebagai Mun Chol Myong, ke Amerika Syarikat atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram.

4. Zii Jia tumpaskan Axelsen, rangkul kejuaraan All England

Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, berjaya merangkul gelaran juara kejohanan badminton All England buat pertama kali selepas menewaskan jaguh dari Denmark, Viktor Axelsen.

5. Rakyat Sabah harapkan GRS untuk pembangunan lebih baik - Muhyiddin

Rakyat Sabah mahu pembangunan lebih baik terutama daripada segi infrastruktur dan isu kemiskinan diatasi dengan sebaiknya oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

6. Henti serang Anwar, UMNO lebih kukuh jika tiada pengkhianat - Shamsul Iskandar

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menemplak kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan mempunyai agenda tersendiri termasuk memecah belahkan UMNO.

7. Usir diplomat Korea Utara demi lindungi kedaulatan Malaysia - Hishammuddin

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu turut dibuat seiring Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

8. DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin kleptokrat - Guan Eng

Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, pendirian CEC berhubung kerjasama politik dengan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih tidak berubah.

9. COVID-19: 1,327 kes positif baharu, Selangor kekal tertinggi

Sebanyak 1,327 kes positif baharu COVID-19 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 333,040 kes.

10. COVID-19: 413,255 individu terima suntikan vaksin setakat 20 Mac

Seramai 413,255 individu di negara ini telah menerima suntikan vaksin setakat semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang memasuki hari ke-25 pelaksanaannya sejak dimulakan pada 23 Feb lepas.