ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Mac 2021.
1. Insiden kren SUKE: Mayat terakhir berjaya dikeluarkan
Mayat terakhir mangsa maut akibat komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dalam kejadian pagi Isnin, berjaya dikeluarkan awal pagi ini.
2. Bukan sahaja pemimpin, seluruh sistem kita bermasalah - Nazir Razak
Masalah yang dihadapi tatkala negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19 hari ini, bukan hanya berpunca daripada kekurangan dari sudut kepimpinan kerajaan, tetapi juga melibatkan sistem secara keseluruhannya.
3. PDRM bukan institusi yang boleh dipergunakan mana-mana pihak - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sebuah institusi yang memperjuangkan kelompok politik tertentu malah jauh sekali boleh dipergunakan mana-mana pihak, tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
4. Helikopter terhempas di Subang, dua cedera
Seorang juruterbang dan pembantunya cedera manakala tiga penumpang terselamat apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di kawasan kargo Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pagi ini.
5. Sindiket proses dadah di kediaman elit tumpas, polis rampas dadah RM11.8 juta
Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket memproses dadah bernilai RM11. 8 juta yang menjadikan kediaman mewah sebagai makmal memproses dadah jenis MDMA selepas menahan tiga lelaki termasuk dua beradik.
6. Lelaki maut tertimbus tanah ketika melombong emas di Gunung Krian, Bau
Seorang lelaki ditemukan maut manakala dua lagi rakannya terselamat selepas tertimbus tanah ketika melombong emas di kawasan Gunung Krian, Bau. Mangsa dikatakan bersama dua rakan sekampung pergi ke kawasan lombong untuk menggali emas sekitar jam 5.30 pagi Selasa.
7. Haram pinjam wang daripada along - Pendakwah
Personaliti dan pendakwah bebas, Zamri Mantop berkata, Islam amat mengalakkan untuk menghulurkan bantuan termasuk memberi pinjaman atau menghutangkan sesuatu kepada mereka yang dalam kesempitan.
8. COVID-19: 1,268 kes baharu, dua lagi kematian
Sebanyak 1,268 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 336,808, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
9. 107,000 individu hilang kerja dibantu - Tengku Zafrul
Seramai 107,000 individu yang kehilangan pekerjaan pada 2020 menerima bantuan Sistem Insurans Pekerjaan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan nilai keseluruhan sebanyak RM366.37 juta.
10. Air Selangor jangka gangguan air antara 48 hingga 68 jam bermula 30 Mac, 6 AprilAir Selangor jangka gangguan air antara 48 hingga 68 jam bermula 30 Mac, 6 April
Sebanyak 89 kawasan di wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan air berjadual antara 48 hingga 68 jam bermula 30 Mac dan 6 April depan.
Astro Awani
Wed Mar 24 2021
Berikut antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Mac 2021.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Kerajaan baharu Syria perlu selesaikan isu pelarian dalaman - Pakar
Profesor Pengajian Keselamatan dan Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata isu 6.9 juta pelarian dalaman perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu Syria. Jelasnya, ini merupakan antara cabaran besar yang bakal menguji keupayaan kerajaan baharu pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS). #DialogTigaPenjuru
Titah Adendum: 'Saya tidak dendam dengan Najib, saya PM kena adil' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau - Azalina
"Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau dengan kerajaan, agensi maritim Singapura," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.