MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 April 2021.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, wujud kebimbangan mengenai dua varian terbabit iaitu South African B.1.351 dan UK B.1.17 yang kini sudah berada dalam komuniti.
PRU15: Pas tangguh rundingan sementara UMNO selesaikan masalah dalaman - Abdul Hadi
2. Ahli Parlimen Marang itu berkata, setakat ini Pas mengambil pendirian berunding dengan Bersatu selagi kemelut UMNO tidak menemui kesudahan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah berkata, siasatan ke atas video tersebut akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon itu.
Kluster Taman Rakyat di Terengganu berpunca dari aktiviti rentas negeri seorang individu dari Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya yang tidak mematuhi SOP.
Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kerajaan Persekutuan memahami keperluan vaksin dos tunggal untuk Sarawak, khususnya bagi rakyat yang tinggal di kawasan pendalaman.
Abu Bakar Omar, 72 tahun, meninggal dunia pada jam 9.04 pagi tadi di Kedah Medical Centre, Alor Setar, selepas mengalami masalah jantung.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 1,105,890.
PH tidak berbincang dengan mana-mana parti untuk berkolaborasi, namun bersama Ahli Parlimen tertentu yang berpegang teguh kepada agenda reformasi, kata Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tindakan pantas seorang lelaki yang terjun ke dalam laut berjaya menyelamatkan isterinya yang bertindak terjun dari atas Jambatan Pulau Pinang.
Sebanyak 2,551 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 370,528 kes.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami