MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 April 2021.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr Md Yusnan Yusof dilapor meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di rumahnya di Ketereh dipercayai akibat serangan jantung.
COVID-19: Kolej Tunku Kurshiah, tiga lagi sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup 2 hari
2. Empat lagi sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup selama dua hari bermula Jumaat akibat penularan COVID-19. Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, arahan penutupan sekolah itu dikeluarkan kerana terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan guru dan murid.
Mayat dua beradik yang terjatuh ke dalam Sungai Rekoh di sini pada Rabu sudah ditemui pada malam Khamis dan pagi Jumaat.
Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa 4 Mei ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ketua Polis Negara ke-13 di Kementerian Dalam Negeri, di sini pada Jumaat.
Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengakui, rakaman audio perbualan mengenai kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tular sejak beberapa hari lalu merupakan suara beliau.
Sekurang-kurangnya 44 orang maut selepas dihimpit dalam satu kejadian rempuhan sewaktu satu festival keagamaan berlangsung di Israel pada Jumaat.
Malaysia terus mencatatkan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 hari ini dengan merekodkan 3,788, menjadikan jumlah kes kumulatif kepada 408,713.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat supaya tidak alpa dan sambil lewa sebaliknya perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutamanya di bazar Ramadan dan majlis keraian umum.
Prosedur operasi standard (SOP) untuk Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan pada minggu depan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) perlu diterajui oleh golongan profesional dan bukannya ahli politik, tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami