ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Mei 2021.

1. COVID-19: Dr Noor Hisham saran orang ramai laksana PKP kendiri

Orang ramai disaran melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kendiri untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

2. Hantar baju, kuih raya antara alasan rentas daerah, negeri - Polis

Polis mengesan pengguna jalan raya menggunakan pelbagai alasan tidak munasabah seperti menghantar baju dan kuih raya untuk membolekan mereka merentas daerah dan negeri tanpa surat kebenaran.

3. COVID-19: Kawal diri, elak penularan jangkitan di Hari Raya - Tun Mahathir

Disiplin dan kawal diri penting dalam setiap individu semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

4. Mayat Syafiq Mustaqim dijumpai terapung dalam kolam takungan air

Selepas dua hari hilang dihanyutkan arus deras, mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Flat Cempaka di Seremban 2 di sini, dijumpai pada jam 7.30 pagi Isnin.

5. COVID-19: 3,807 kes baharu, Selangor catat angka tertinggi - Dr Noor Hisham

Sebanyak 3,807 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 444,484 kes.

6. 'Sehingga ada arahan baharu, saya andaikan Sabah masih berstatus PKPB' - Masidi

Sehingga ada arahan baharu, Sabah diandaikan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

7. Najib, Jho Low antara yang disaman 1MDB, SRC untuk tuntutan kembali aset bernilai RM96.6 bilion

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara yang dinamakan dalam tuntutan sivil oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd pada Jumaat lepas.

8. PKP di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun

Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.

9. Siasatan belum selesai, Polis Melaka nafi sudah keluarkan kompaun terhadap Awie

Polis Melaka menafikan telah mengeluarkan kompaun terhadap penyanyi dan pelakon, Datuk Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), dalam satu majlis di sebuah hotel di Melaka yang tular baru-baru ini.

10. Polis kesan taktik guna pas pekerjaan untuk balik kampung

olis berjaya mengesan taktik penyalahgunaan pas pekerjaan oleh segelintir individu untuk merentas negeri bagi tujuan menyambut Hari Raya Aidilfitri.