MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Jun 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Jun 2021.
JKJAV diminta lakukan kajian berkenaan sekiranya jumlah pendaftaran pengambilan vaksin COVID-19 tidak mencapai sasaran imuniti kelompok.
Harimau Malaya tunduk 0-4 kepada UAE
2. Kunjungan ke UAE sekali lagi berakhir dengan keputusan mengecewakan, selepas tewas 0-4 kepada pasukan tuan rumah pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, awal pagi Jumaat.
MITI digesa bekerjasama dengan bahagian industri kerajaan negeri dan PBT untuk memantau syarikat yang memohon kebenaran beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0, sebelum memberi kelulusan.
Ini susulan Putrajaya menjadi bandar pertama mencapai 100 peratus pendaftaran vaksin di aplikasi MySejahtera, kata Menteri Wilayah Persekutuan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan ketika ini menghadapi cabaran apabila ada sesetengah pihak yang dipercayai menjalankan kempen anti-vaksin sekali gus melambatkan sasaran untuk dicapai.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengilang kedua ini merupakan pengeluar yang akan menjadi sumber bekalan vaksin AstraZeneca untuk kegunaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negara ini.
Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, TH akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada semua bakal haji, sebaik memperoleh keputusan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 603,122 kes.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, mengumumkan perkara itu dalam satu perkongsian video pendek di laman Facebooknya, hari ini.
Kementerian Kesihatan mengesan 19 kes Varian yang Membimbangkan (VOC) COVID-19 melibatkan empat kes varian Delta (B.1.617.2) dan 15 kes varian Beta (B.1.351), hasil survelan genomik secara berterusan sejak 24 Mei hingga hari ini (4 Jun).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami