awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
08/06/2021
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 Jun 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 Jun 2021.
1. LRT bertembung: Laporan siasatan siap, akan dibawa ke Kabinet esok - Wee Ka Siong
Pembentangan laporan tersebut dijangka dibuat dalam Mesyuarat Kabinet dengan beberapa cadangan untuk meningkatkan keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi tren RapidRail, pada Rabu.
2. COVID-19: Sultan Selangor zahir kekecewaan terhadap golongan antivaksin
Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan pemahaman terpesong oleh golongan tersebut.
3. Semua bayaran perkhidmatan kerajaan dibuat secara tanpa tunai pada 2022 - Tengku Zafrul
Ini akan mendorong keselamatan transaksi lebih tinggi, penyelarasan lebih baik, komunikasi mengenai usaha antirasuah dipertingkat serta perkongsian maklumat lebih mudah.
4. Bekas Ahli Parlimen Kemaman meninggal dunia
Bekas Pengerusi PKR Terengganu itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.06 malam tadi selepas enam bulan bertarung dengan kanser paru-paru tahap empat.
5. Total lockdown: Diskaun 6 bulan kepada penyewa tanah, bangunan kerajaan persekutuan
KeTSA teruskan pemberian diskaun kepada penyewa-penyewa tanah persekutuan dan ruang bangunan kerajaan persekutuan untuk tempoh 6 bulan bermula 1 Julai hingga 31 Disember ini.g
6. Sultan Selangor terkejut, kecewa pemberian dos vaksin COVID-19 tidak adil
Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa terkejut dan kecewa kerana Selangor menerima jumlah vaksin yang rendah daripada yang sepatutnya diterima.
7. COVID-19: 5,566 kes baharu, meningkat sedikit berbanding Isnin - Dr Noor Hisham
Negara mencatatkan kes COVID-19 sebanyak 5,566 kes pada Selasa meningkat sedikit berbanding 5,271 kes pada Isnin. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 1,524 kes adalah dari Selangor, diikuti Sarawak (707) dan Negeri Sembilan (505).
8. 98 kru KD Mahawangsa dijangkiti COVID-19 sebelum belayar - Ismail Sabri
Seramai 98 kru Kapal Diraja (KD) Mahawangsa disahkan positif COVID-19, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
9. Isu penjualan arak dan rokok, saya tidak pernah berdiam diri - Nanta
Menteri Perdagangan Hal Ehwal dan Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menepis dakwaan kononnya wujudnya kekeliruan berhubung larangan penjualan arak dan kebenaran menjual rokok sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang bermula 1 Jun lalu.
10. Dewan Tertinggi BN pilih Zambry sebagai Setiausaha Agung baharu
Dewan Tertinggi Barisan Nasional malam ini telah memutuskan untuk memilih bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tumpuan
#berita tempatan
#berita Malaysia
#Astro Awani
#KKM
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan