MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Jun 2021.
Sebanyak 197,963 dos diberikan sekali gus melepasi sasaran kerajaan pada kadar 150,000 dos sehari.
Tun Arifin selesai menghadap Agong selepas lebih sejam
2. Selepas lebih sejam, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Tun Arifin Zakaria dilihat meninggalkan Istana Negara pada pukul 12.10 tengah hari.
Gesaan itu antara lima perkara yang dituntut dalam merangka pelan bersepadu pendidikan pasca COVID-19 dan perancangan jangkamasa panjang untuk pendidikan selepas pandemik berakhir.
Polis mengesahkan usahawan kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat diburu polis berhubung kes penipuan yang membabitkan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan.
Dua jenis vaksin COVID-19 yang hanya memerlukan satu suntikan dos, masing-masing buatan CanSino dan Johnson & Johnson (J&J) diberi kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan kecemasan.
Selepas merekodkan kes harian di bawah paras 5,000 semalam, hari ini jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kembali meningkat kepada 5,419 kes.
Penangguhan ibadat haji tahun ini perlu dilihat kepada syarat wajibnya iaitu syarat berkemampuan atau istito'ah termasuk dari segi kesihatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Anisah Abdul Ghani.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat fasa melibatkan pelan peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang menggariskan empat fasa peralihan dengan tiga indikator utama.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi komitmen untuk mengadakan sidang Parlimen semasa fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami