MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 Jun 2021.
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), pada 24 Jun, sejumlah 268,604 suntikan vaksin direkodkan.
Tuntutan saman pemain Korea Selatan, PAFA rujuk FAM untuk khidmat nasihat
2. PAFA akan berbincang dengan FAM berhubung tuntutan saman RM500,000 yang dikemukakan pemain dari Korea Selatan Jeon Hyo-Seok, terhadap badan induk negeri itu.
MEF memohon kerajaan membenarkan industri seni dan kreatif beroperasi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Momentum yang perlahan adalah kesan daripada pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2021 sepanjang Mei yang meredakan tekanan inflasi bagi kumpulan berkenaan.
Parlimen menjangkakan persidangan secara hibrid boleh diadakan sekitar akhir Ogos ini ataupun selewat-lewatnya minggu pertama September 2021.
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang ke-27 berkuatkuasa hari ini.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan majlis akad nikah di negeri itu bermula 1 Julai depan selepas dilarang berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.
Malaysia mencatatkan sebanyak 5,812 kes baharu COVID-19 sepanjang 24 jam yang lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik itu melanda sebanyak 722,659.
ultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 23 Ogos ini.
Ibadah korban dibenarkan bermula pada Hari Raya Aidiladha dan tiga Hari Tasyrik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami